1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, November 26, 2012

MENANGIS DAN MENARI DALAM HUJAN…


Selamat malam sayang dan semua kenalan. Saat hujan rintik rintik membasahi bumi kuala lumpur, saat walid dan yaya sedang melayari mimpi indah dalam selimut yang tebal dan tilam yang empuk, saat warga kota Malaysia sedang kecewa dengan kekalahan piala AFF(Singapore ler menang), saat rakyat palestin sedang bergelumang dengan kemelut peperangan yang entah bila akan tamat, saat jiwa ini terkenangkan  seseorang (maybe dua atau tiga). Sejak dua menjak ni jiwa dan fikiran aku terkenangkan tentang nasib seorang kawan dan nasib sedih seorang gadis. Aku bukan hendak mencanang ceritanya kepada semua tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan nasihat ( walaupun aku bukan pakar kaunseling pun) untuk tatapan anak ku yang sedang menginjak usianya dan juga untuk aku sendiri dalam melayari hidup.

Kisah seorang kawan, aku gelarkan dia tokki, maaf aku tak boleh dedahkan nama sebenar, kerana aku menghormati dia sebagai adik aku sendiri. Aku baru saje mengenali dia, itu pun melalui sahabat baik aku. Banyak cerita tentang tokki yang aku tahu dari sahabatku saat dia sihat dan masih berupaya, cerita suka, cerita duka, semua ada. Mulanye hanya kenal dan sembang di facebook, then satu hari, dalam bulan syawal, aku jemput tokki datang ke rumah sb aku buat open house untuk kengkawan yang dekat dekat jek. Melihat jauh di sudut matanya, aku terpandang dan terasa sesuatu yang dia rasa. Penantian, kekecewaan sarat dalam matanya walaupun, dia cuba mengukir seribu senyuman dan gelak tawa. Maafkan aku andainya tekaan aku tidak tepat ye dik. Berbicara dengan kamu tentang kisah cinta kamu dan dia, tentang penantian kamu yang tiada penghujung. Terdetik dihati aku tentang hujan yang mencurah curah. Aku samakan diri kamu dengan hujan kerana, saat hujan datang, ada petanda, sama seperti hidup yang sedang kamu jalani, banyak petanda dan simbolnye, samaada kamu sedari atau tidak je.

Tokki..kadang kadang aku rasa jiwa kamu kental, kadang kadang aku Nampak kamu sgt lemah tapi kamu sembunyikan semua. Cuba kamu jadi seperti hujan, meluahkan segalanya dari dada awan, kamu juga perlu seperti itu, supaya tiada sangat kesakitan yang menyesakkan kamu. Kamu juga boleh menangis dalam hujan, ataupun berlari sb tiada siapa akan tahu kalau kamu menangis dalam hujan. Ia akan meredakan sedikit kesedihan dan kepedihan jiwa kamu. Apabila kita menangis dan menari dalam hujan ibarat kita menikmati anugerah ALLAH yang maha kaya.cuba la cari setiap nikmat yang tersembunyi. Aku doakan penantian kamu akan berakhir, antara cepat atau lambat. Sebenarnya banyak kisah kamu dan dia yang ingin aku catitkanuntuk dia apabila dia kembali sihat, tapi nanti akan buat satu entri khas untuk kamu dan dia.tunggu ya tokki.  “Hidup ini bukan mengenai bagaimana meremuh ribut yang melanda, tetapi bagaimana caranya hendak menari dalam hujan”.

Kisah seorang gadis..aku mengenali dia baru saja empat bulan, agak singkat tapi caranya sangat memberi aku impress yang sangat baik. Tutur kata, tingkah lakunya menyenangkan hati aku untuk terus mengenali dia, yang aku gelarkan bubu. Aku kenal bubu sewaktu majlis kahwin anak saudaraku di kuantan. Bubu kekasih kepada anak saudara yang ketiga. Dia datang untuk menolong apa yang patut, bagus juga, ada juga pembantu aku nanti.( bukan ambil kesemptan yer) bubu sangat rajin, menolong aku dari A to Z, juga sangat rapat dengan yaya aku. Apabila majlis reception dah selesai, bubu perlu kembali ke kolej seperti biasa, aku cam sedih plak nak berpisah,hihi,touching la konon kan, thanks bubu sebab sudi jadi helper ciksu. Hubungan kami tidak terhenti di situ, kami terus berhubung di facebook, whatsapp, dan instagram. Ada kalanya aku tidak sangat menghubungi bubu sebab aku tahu tugas seorang pelajar, tapi kadang-kadang aku tahu perihal kamu dari achik(kekasih kamu dan anak saudaraku)aku suka tengok kau orang berdua, cute!hihihi.

Pepatah ada mengatakan, ku sangka panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari, (eh betul ke, kalau salah tolong betulkan). Text dari angah tentang kamu dan achik mendukacitakan aku. Aku pulak yang rasa sedih, terus aku text kamu dan cuba mencari kebenaran. Hmmm..cuba berlaku adil untuk mendengar dari bubu dan achik. Aku dapat buat satu kesimpulan tentang bubu dan achik, cinta ini sangat bila dikecapi saat manisnye madu, tapi apabila kuasa cinta sudah hilang, maka pudarlah dan tawarlah rasa itu. Mungkin kalian terlalu muda, masih mencari titik focus dalam kehidupan. Bukan aku menggalakkan percintaan di zaman belajar tapi bagi pendapat aku, itu perlu supaya ada persaingan yang sihat dan perlu dijaga batas pergaulan supaya tidak tersasar jauh. Bubu dan achik , cinta senang diucap tapi untuk memahamkan makna dan rasa itu perlu di renung dan di fikr secara matang, jangan kerana rasa, kita buang insane yang pernah memberi kita satu rasa saat kita perlukan itu. Bagi aku, jangan ada permusuhan atau dendam atau sikap amarah dalam diri, kerana menyakiti itu tidak baik untuk hati. Berkawan la andainya itu yang lebih baik, mungkin satu hari nanti rasa cinta itu kembali pada kamu berdua. Bubu, cukuplah menangis dan meratapi sebuah kehilangan kerana bubu perlu belajar untuk menari dalam hujan. Baru bubu akan menikmati alam yang indah ciptaan ALLAH yang maha kaya. Aku sayang bubu dan achik. Doa ku sentiasa mengiringi kamu berdua.

Kisah yang berbeza tapi rasanya sama, hujan juga sama tak pernah berubah, bezanya antara rintik dan lebat. Marilah kita mengecapi indahnya hujan. Aku pun rindu saat kanak kanak dulu, bila time hujan je, aku akan berlari keliling rumah dan sambil main becak becak air hujan. Nikmatnya saat itu. Ok la semua. Mata sudah berikan isyarat..tidoooooooo!!!!!!!!..esok nak keje. Moga entry ini berikan sedikt rasa dan cinta untuk kalian kalian semua. Marilah kita beradu ya. Selamat malam sayang, selamat malam kengkawan.

Ija..granduer tower..home sweet home.

2 comments:

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya