1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, November 22, 2012

My Dady..Bapak Aku...Mak kita...


Setelah sekian lama terpisah, dua adik beradik yang berkongsi ibu tapi berlainan bapa ,bertemu kembali. Semangat cintakan tanah air masing-masing telah memisahkan mereka. Ayah Samsinar ( kakak ) telah pulang ke Indonesia meninggalkan Rohana ( Ibu Samsinar ) untuk meneruskan perjuangan merebut kemerdekaan tanah air suaminya iaitu Indonesia ketika itu. 

Demi cintakan tanah tumpah darah juga ketika itu Malaya, Rohana berkeras untuk tidak mengikut sang suami , dan mereka berpisah walaupun terpaksa membesarkan 
Samsinar bersendirian.
Jodoh pertemuan Tuhan yang menentukan. Rohana bertemu jodoh dengan bapa Dahlia ( adik tiri Samsinar ) iaitu Tentera British berdarah Sikh yang bertugas di Malaya ketika itu.
Sekali lagi tugas memisahkan mereka. Ayah Dahlia pulang ke London dengan hasrat untuk membawa Dahlia , Samsinar dan isterinya Rohana. Kerana cintakan tanah airnya Malaya , Rohana terpaksa melepaskan Suami keduanya itu beserta Dahlia yang ikut sama , sementara Samsinar mengambil keputusan untuk tetap tinggal bersama menemani ibunya.
Kerana kasih dan rindu yang lama terpendam dan diketika usia senja , Samsinar dan adiknya Dahlia cuba menjalin kembali menjalin ikatan kasih yang sekian lama terputus berpaksikan cinta dan kasih sayang ibu mereka yang tegar memeluk erat cinta kasihnya terhadap Tanah tumpah darahnya sendiri hingga keakhir hayat dan.Kerana cinta dan kasih sayang sang ibu, akhirnya dipenghujung usia mereka , mereka kembali menyatu di tanah air ibunya yang kini bernama MALAYSIA.



VENUE : EKSPERIMENTAL TEATER, ASWARA, KUALA LUMPUR
DATE : 22-24 NOVEMBER 2012
TIME : 9.00 PM
DATE : 25 NOVEMBER 2012
TIME : 3.00 PM

TIKET : DEWASA - RM50
STUDENT - RM25



INFO : 017- 316 7995 / stefanievents@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya