1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, November 23, 2012

PERKONGSIAN

suami...
3 tahun kita melayari hidup rumahtangga
kita berkongsi rasa dan emosi
kita berkongsi susah dan senang
kita berkongsi tangis dan gelak
semuanya kita berkongsi
kerana itulah rasa cinta yang perlu kita nikmati

suami...
hari ini rasa cinta padamu membuak buak
saat aku di pejabat, hati ku terdetik nama mu sayang
jangan tanya kenapa?
sebab aku sendiri tiada jawapan.

suami....
rasa perkongsian ini mendamaikan aku
terlalu indah. aku takut hilang rasa itu dalam hidup aku
kerana aku tahu, aku tak mampu hidup tanpa kamu.

suami...
perkongsian ini juga menganugerahkan
kita, sebutir mutiara, seindah ciptaan tuhan
yang tiada tandingan..
perkongsian ini juga, merapatkan rasa kasih kita
yang hampir musnah..
perkongsian ini melahirkan seorang puteri
yang kita namakan TENGKU NUR IFFAH ZAIRA
dia lah yang menerbitkan cinta dan kasih di jiwa kita...
dialah yang memberi kita segunung harapan..

suami...
moga kita sentiasa berkongsi rasa ini
hingga ke hujung nyawa..
terima kasih kerana menjadi suami dan walid yang terbaik
untuk kami..

dari
isteri kamu..



1 comment:

  1. Sweet sgt.i wish u and hubby happy together.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya