1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, November 22, 2012

TIADA LAGI RAMADHAN BUAT AMIRUL MAZLAN...AL-FATIHAH

Aku mengambil masa yang agak lama untuk menulis tentang pelajar aku yang meninggal dalam kemalangan pada 30 september 2012. tidak lah aku berkabung dengan begitu lama, tapi hati aku tidak berapa kuat untuk mencatit tentang arwah, walaupun aku hanya lah seorang guru untuk arwah. serba sedikit aku ceritakan peribadi arwah amirul sehingga dia menghembuskan nafasnye yang terakhir tanpa orang tersayang disisi ;((. aku mengenali arwah amirul pada semester 2. pelajar tahun 1 wajib mengambil kursus produksi Teater moden, dibawah bimbingan aku. dia antara pelajar yang sangat berpontensi dalam bidang lakonan. pemilihan untuk menetapkan watak dalam naskah " rumah kedai di jalan seladang" perlu melalui ujibakat supaya aku boleh nampak siapa yang potensi dalam menjayakan watak yang terdapat dalam naskah. 

arwah amirul memberi aku satu interpretasi pada watak leman. begitu juga dengan yang lain. setelah pemilihan telah dibuat, sesi latihan dan proses mengerjakan produksi berjalan dengan sistematik walalupun terdapat salah faham antara mereka, namun itu semua adat dalam menjayakan produksi. pelajar-pelajar ni banyak ragamnye, sampaikan satu hari aku tak mampu lagi nak bersabar dengan ragam mereka yang seakan sangat mencabar kewibawaan aku. kedegilan kalian memeningkan kepala aku, hinggakan satu malam, selesai saje latihan dengan teknikal, aku merajuk dan nekad tak kan peduli lagi apa yang kalian lakukan, dan dengan pantas arwah amirul bangun dan datang pada aku, korang semua nangis!!!! hati aku ni macam kerak nasi, keras keras hati, lembut jugak bila korang merayu dan mintak maaf, itulah hati seorang guru tau. sejak pada itu, arwah amirul sering datang berjumpa dengan aku bila ada sebarang kemusyiklan, lebih lebih lagi arwah orang terengganu..hihihi, senang komunikasi kami.

arwah amirul seorang pelajar yang sentiasa senyum, peramah, kalau dia duduk makan kt cafe, bila nampak je pensyarah2 lalu, dia akan angkat tangan dan panggil, itulah rutin arwah. senang untuk minta pertolongan. arwah ni juga baik budi bahasanya.serba sedikit untuk yg tidak kenal arwah amirul, pelakon drama " masih kah ada Ramadhan?" lakonan pertama dan terakhir arwah.

28 september 2012 6pm

amirul : kakja sihat? (ada student yg selesa panggil aku kakja, puan, dan cikgu, apa pun panggilan kalian, aku terima)
aku: alhamdulilah sihat, awak cam tak sihat jek.
amirul: dah seminggu demam kakja. cuaca sekarang la, panas hujan.
aku: a'aa la..
amirul: kakja tak balik kampung?
aku: tak, hujung tahun la balik cuti lama sikit.
amirul: sy pun ingat nak balik kg, jenguk mak saya.
aku: ooo..bagus la tu.
amirul: kakja, saya rasa nak balik teranung, nak hidupkan teater kat teranung pulok.
aku: oo..bagus..bagus..tu. awak kena naikkan balik teater kat teranung, bagi pengisian yang fresh  untuk dorang.

perbualan kami tamat di situ. masing masing ada kerja yang perlu di selesaikan.

29 september 2012

amirul: kakja..( datang dan salam aku,kebiasan dia la)
aku: ye..
kema: ko tak sihat lagi?

arwah bercerita dia sakit belakang kesan accident tahun lepas. dan kema( pensyarah) mula membebel kt arwah sebab tak jaga makan. dia nampak sangat kurus dan tak sihat.

30 september 2012

12.30 tengahari

hari minggu, hari aku masak dan makan bersama family. banyak tul menu aku masak hari ni..hihi..bila lagi mau melantak kan. setelah selesai menjamu selera, aku duk lepak kt sofa depan tv. layan melodi, phone aku berbunyi tanda sms masuk. mesej dari che kem 

" jaa, pelajar fakulti teater, muhammad amirul mazlan telah meninggal dunia pagi tadi kerana terlibat dalam kemalangan. sila hubungi encik asri untuk maklumat lanjut".

Takda perkataan, terkedu, terkejut semua ada. ya allah, aku pening, migrain, macam tak percaya, aku take time 2 minit baru aku call en,asri dan dia sahkan kematian amirul di sebabkan kemalangan pada jam 10 pagi. ya allah, aku cuba mencari kekuatan untuk hubungi kawan kawan arwah. semuanya bagaikan tak percaya tapi inilah berita yang sedih yang perlu kita terima. aku bersiap2, sebab aku kena ke opis untuk uruskan hal arwah. mengigil jugak aku bila nak drive tapi zikir je peneman waktu itu.

2.30 petang di jabatan forensik mayat HKL.

aku kuatkan hati untuk melihat jenazah sebelum dimandikan.mata dia tak tutup rapat, maknanya, masih ada hajatnya yang belum berkesemptan. semua kawan2 dah ramai yang datang. alhamdulilah..semua nya menghantar kamu pulang ke tempat asal dengan penuh kedamaian. doa kami sentiasa mengiringi kamu. tiada lagi ramadhan buat amirul mazlan. al-fatihah.





2 comments:

  1. arwah memang seorang sahabar yang baik dan lucu orang nya kehilangan arwah memang satu kehilangan yang besar buat kami yang kawan dari sekolah . al fatihah semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman

    ReplyDelete
  2. ya..dia budak yg baik. sebagai guru sy turut rasa kehilangan pelajar yg sgt komited.hurmm..al fatihah buat arwah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya