1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, December 7, 2012

Bicara malam dengan BFF shasha

Semalam aku berbual panjang dengan sorang BFF aku ni. sudah lama kami tak minum kopi sesama. dia tak bz keje, aku la yang selalu buat alasan tiap kali dia text aku, alasaan aku tetap sama " i keje la sha weekend" itu je lah alasan aku kan. tapi semalam sha call aku, dengar dari dia sembang, banyak cerita yang dia nak share dengan aku. cakap  dalam phone mungkin tak best kan, bila ada depan-depan baru feel kan. so aku ajak dia datang umah weekend ni, boleh berbual panjang kan.

Sedang kami berbual, ada satu short story yang menarik perhatian aku. ini adalah cerita tentang hubby sha sendiri. 

Satu malam sha dan hubby lepak kat balcony sambil hirup udara malam, melepaskan rindu, merehatkan badan setelah anak-anak tidur. sha tanya pada hubby, macam mana u dapat bertahan dengan mama i yang sentiasa berfikiran sempit dan selalu bersikap negatif pada u? jawapan hubby sha sangat indah dan begitu positif sampaikan sha dan aku tenggelam dari merasa kecewa dan sedih. jawapan dia sangat mudah,
 " i sentiasa mendoakan mama, sukar untuk kita tidak suka kepada orang yang selalu kita doakan"

Mudah kan..tapi nak lakukan agak susah kan. sha, i kagum dengan Farhan, sampai hari ni farhan sentiasa tersenyum walaupun kita tak tahu hatinya sangat luka. tapi penerimaan dia sangat postif. Sha, kita sentiasa berkongsi rasa dan emosi dalam melayari rumahtangga kan, tpi bicara semalam sangat menyentuh hati i. so, mulai sekarang, i akan mendoakan yang terbaik, pada orang yang i tidak suka. moga dia sentiasa berbahagia dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya