1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, December 26, 2012

DOMINOS OH DOMINOS!!!

Rutin setiap hari, sampai je kat rumah, work station aku yang kedua selepas opis aku ialah my dapur ku.hihi, biasalah dah nama jadi puan isteri, itu lah tempatnya. seperti biasa, aku akan menyelongkar peti ais, mencari bahan-bahan yang aku nak masak, sambil tu aku tanya la Incik hubby :
aku : walid, nak makan apa dinner ni??
incik suami : ikang singgang pun sedap gak!!
hahaha..loghat terengganu incik suami sangatlah pekat. takpala yang, janij paham.hihi. hohoho, resepi paling simple gile, main campak2 je lah tema dinner malam ni.yehahuhu, aku janji ngn diri aku malam ni, AKU NAK HIRUP KUAH SINGGANG JE!!!!!! kalau makan nasi, konpem berpinggan-pinggan, sb ada penambahan gravy iaitu BUDU!!! oh tidak, help help, aku takmau jadi ular sawa yang terbenam di katil empuk malam ni, kih kih.

Selesai menyediakan singgang untuk Incik hubby, apa lagi, mai ler makan, takda gambar singgang ek, sebab sebelum ni aku dah upload, nanti korang cakap aku asyik masak lauk yang sama jek! apa nak buat dah itu feberet Incik hubby, hihi. Incik hubby aku memang tak cerewet pasal makan, aku masak apa je, dia akan makan. bagus sungguh.erkkkkkkkkkkkkkk..sendawa incik hubby, aku gak yang meleleh tgk budu dan kuah singgang,hihihi.

Berita time la masa ni, baru luas sikit pengetahuan kita tentang dunia, chewaaahhhh..sedang duk bermanja ngn Incik hubby sambil tonton berita, tuk tuk, ting tong..arhh..siapa lak yang datang ni, tak leh la tengok aku senang senang ngan incik hubby. buka je pintu, lor, jiranku yang intim ni, mau lepak, katanya si anak kecil dia duk merengek nak main ngan tenit aku, tenit aku dah berdengkur awal awal lagi. hihihi, alang-alang dah masuk rumah, lepaking je kan zizi and rina. rupa nya dorang ni belum dinner lagi, sb zizi cekeding tu suh aku orderkan Dominos Pizza!!!!!!!! argh...ini lagi kejam weiiiiiiiiiiiiii.dah kul 9 mlm dah!!! korang ajak aku makan pizza!! arhhhhhhhhhh. tapi demi hormati jiranku yang sangat la baik ni, aku pun call la dominos  pizza.. bla..blaa..blaaa ( aku tengah ckp ngn customer service ni)

ihsan gambar dr web site dominos. ni order supper kami, zizi cekeding punya pasal!!!!

sambil borak borak isu semasa sampai la ke isu yang tak berapa nak semasa la, kat luar plak hujan renyai2 dari tadi dan angin sepoi sepoi bahasa, fuhhh, rasa cam obersea jek, sejukkkk. eh.,lama plak dominos ni, selalu dalam 30 minit da sampai, ni dah hampir satu jam, perut aku mula berbunyi keroncong +rap dah, lapar weiiiii. tengah duk rancak sembang, akhirnya sampai juga rider dominos, yehahuuuuuuuu..boleh makan. dan aku dapat sticker ni. tengok bawah sekarang!!!


kalau lewat tu aku tak berapa nak marah sangat, sebab aku faham, dengan keadaan yang hujan, jalan jem lagi, tapi dekat je kot dominos kat pandan ni. ok, yang aku nak citer dan yang aku bengang sangat, rider ni salah bagi menu yang aku pesan, punya la aku dah bayar duit tapi kami dapat dua regular pizza je!! ni tak masuk akal, bayar mahal tapi dapat dua pizza dan yang penting flavour pizza tu bukanye yang aku order, eiiii bengang sebab aku tengah kelaparan. aku pun terus call customer service untuk complain dan mintak hantar balik menu yang aku order sb aku dah bayar! dari call ke call aku kena menjawab semua soalan dari manager domninos, aku repeat menda yang sama jek, adussss, penat la weiii...tapi managment dominos memang tip top, cepat bertindak! bila dah settle semua complain aku, rider yang tadi datang balik untuk hantar pizza yang aku order, masalahnya menu aku tu ada jek dalam beg gedabak dia tu, ada nama lagi kt kotak tu, apa masalah dik oiiii!! lain kali check la nama anda menu kt kotak tu, double check ok!! sabar jelah.

Dapat juga si zizi cekeding tu supper pizza, hihihi, tengah aku menikmati garlic cheese onion, phone aku berbunyi lagi:
aku: hallu
caller: hello kak, saya rider dominos tadi kak.
aku: owh, ha, ada apa yer? kebingungan jap aku
caller: akak, sy nak tanya, akak dah complain kt HQ ke kak?
aku: dah tadi, kenapa?
caller : takpalah kak, akak dah ngadu, sebab gaji saya kena potong rm40
aku.owh
caller: terima kasih kak,assalamualaikum
aku:wasalam

terkedu sekejap aku, kesian plak kat mamat rider tu, dengar dari suara dia tadi, macam down jek. hmm..apa nak buat dik, akak dah call,sorry, akak tau, betapa tinggi nilai rm40 awak kan. moralnya, jangan cuai atau leka dalam melaksanakan tugas, walaupun apa pun pangkat kita. sekian untuk malam ini. 



2 comments:

  1. i boleh imagine muka u time u marah dan kelaparan!!

    ReplyDelete
  2. kadang2 customer pun paham jugak .hantar lambat sebab order dh terlampau banyak sgt.hujan lagi ....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya