1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, December 19, 2012

MARI KITA BERSIDANG

Assalamualaikum kengkawan, dah lama rasanya tak hapdate blog. kebizian melanda sikit bulan disember ni. penghujung tahun kan, mesti lah kena selesaikan apa yang patut diselesaikan.hihi. ok jom..dengar citer aku ek.

10-11 disember aku attend satu PERSIDANGAN ANTARABANGSA KECEMERLANGAN MELAYU di hotel crystal crown, petaling jaya.  actually tujuan persidangan ini adalah bertujuan mengupas isu tentang sejauhmana masyarakat melayu dapat mempertahankan kemelayuan dalam konteks pembangunan dan permodenan arus perdana. Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu penganjur utama persidangan ini. sedikit ilmu yang ingin aku kongsi di majlis ilmu yang sangat membuka mata bagaimana hebatnya bahasa melayu dimartbatkan hingga ke peringkat antarabangsa. seorang Prof Emiritus Dr. Clive Kessler, pengucap utama dalam persidangan ini, sangat lancar berbahasa melayu dan yang hebatnya beliau YANG boleh berhujah tentang islam dan melayu. topik yang sangat menarik dibincangkan. 21 tahun beliau terlibat dalam kajian malay culture of modernity. kata kata beliau : kenapa perlu berbangga menjadi melayu sedangkan ramai melayu lupa tentang budaya melayu mereka, kerana terlalu mengagumkan budaya barat. aku tak nafikan apa yang diperkatakan oleh Prof dari university of new south, wales australia. sesungguhnya budaya barat terlalu kuat dalam jiwa melayu, pandangan peribadi aku, bila terlalu mengikut budaya dan adat, katanya kita kolot dan tidak menerima kemodenan. itu aku tidak setuju, bagi aku biarlah budaya melayu yang indah ini bergerak seiring dengan arus kemodenan tanpa kita meninggalkan budaya nenek moyang kita. semoga kita sentiasa mejadi MELAYU yang gah di pentas dunia. 

chewahhh...hihi..tunjuk la sikit yang aku ni sebahagian dari peserta.

sepanjang dua hari bersidang dalam dewan yang sejuk beku itu aku dapat mempelajari banyak perkara baru, perkataan baru, teori baru, kawan baru dan segala nye baru la. hihi.
bercakap tentang ilmu yang baru dalam memartabatkan melayu di mata dunia dengan mengaplikasikan segala nya tentang budaya melayu dari nenek moyang. selain daripada itu, nilai identiti masyarakat melayu yang sentiasa menjadi sinonim untuk negara kita MALAYSIA. yes malaysia boleh dan adakah melayu boleh? saya tanya, anda jawab. secara peribadi saya, melayu sentiasa boleh kerana semangat juang dalam jiwa melayu sangat kuat. kata orang teranung, melayu HANG NELANG. ok kan.moga entry melayu ini membuka minda dan pemikiran kita sebagai orang melayu, jangan malu untuk berbahasa melayu, jangan malu untuk berdiri setanding bangsa asing, perlu ada sikap tamak untuk mencapai impian, kata prof wan " orang yang tamak selalu untung, tapi perlu ikut cara yang baik. saya sudahi entry ni, MELAYU SENTIASA BOLEH.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya