1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, December 14, 2012

Piala AFF Suzuki : Thailand Mara Ke Final, Tewaskan Malaysia 2-0



PETALING JAYA: PASUKAN Thailand mara ke final Piala AFF Suzuki selepas menang 2-0 ke atas Malaysia pada aksi pusingan separuh akhir kedua di Bangkok, Khamis.
Thailand mara dengan agregat 3-1 apabila turut meraih satu jaringan ketika aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lalu.
Dengan beraksi 10 orang pemain, selepas Fadli Shaas dilayangkan kad merah pada minit ke-43, skuad Harimau Malaya gagal mengekang aksi pihak lawan.
Bersambung ke babak skuad perlawanan, skuad Thailand yang dikendalikan oleh jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer melakukan serangan pantas ke kubu lawan untuk mencari gol perlawanan bagi memastikan bekalan selesa sebelum ke final.
Pada minit ke-60 gol pertama perlawanan berjaya dicipta oleh Teerasil Dangda selepas melepasi dua pemain negara, Amar Rohidan dan Mohd Aidil Zafuan di luar kotak penalti sebelum menggelecek masuk ke gol menewaskan penjaga gol negara, Farizal Marlias.
Enam minit selepas itu, Stadium Supachalasai sekali lagi bergegar dengan sorakan penyokong-penyokong tuan rumah selepas Theerathon Butmathan menambah gol kedua perlawanan.
Keputusan berakhir dengan berpihak kepada Thailand sekaligus memberi kekecewaan kepada skuad negara yang gagal mempertahanan kejuaraan yang dijulang dua tahun lalu.
Thailand bakal berdepan dengan Singapura pada aksi final nanti selepas pasukan itu turut menewaskan Filipina pada Rabu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya