1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, December 7, 2012

TENTANG PUTERIKU...

Salam disember untuk semua. kita da hampir berada dipenghujung tahu. cepatkan masa berlalu, aku rasa macam semalam lahirkan yaya. yaya, masih segar di benak mummy saat mummy bertarung lahirkan kamu sayang. indah yang tiada ungkapan. sekarang yaya dah 2 tahun 8 bulan. dah petah bercakap walaupun masih pelat, sudah pandai mintak itu dan ini, sudah mula merajuk dengan mummy, sudah pandai bercerita macam macam dengan mummy. sweet sangat sayang. mummy bahagia yaya membesar dihadapan mummy dengan baik. tapi kan, ada sesuatu yang mummy khuartirkan sekarang. mummy ingin berkongsi sesuatu diblog mummy, sebab bila yaya dah mula memahami setiap catitan  mummy, yaya akan faham tentang satu simptom yang dinamakan Disleksia. yaya sayang..disleksia ni bukan satu penyakit tau sayang, ini adalah satu simptom atau disorder iaitu salah satu gangguan dalam pembelajaran.

Yaya..mummy mula dapat kesan bila tiap kali mummy luangkan masa untuk mengajar yaya dengan gunakan Flash card ABC. yaya hanya sebut perkataan B saje, tiap mummy ajar yaya huruf, yaya tak dapat nak ikut, tapi bila mengira yaya cepat je dapat. dari situ mummy mula faham yang yaya lebih suka pada matematik, mungkin masa mengandung mummy selalu main sudoku dan mummy suka buat latih tubi matematik, mungkin juga, tapi itu semua andaian mummy.

Mummy bawak yaya ke tempat keje mummy hari minggu, mummy nak yaya menonton teater kanak " si peniup seruling ajaib". ini bagus untuk yaya dalam membina keyakinan diri yaya sendiri kan. masa show berlangsung, mummy asyik perhati yaya. yaya sangat fokus dan mummy boleh nampak ekspresi yaya, maknaya yaya faham apa yang berlaku. yaya boleh alert dengan tikus tikus yang berkeliaran atas stage. mummy happy sangat bila selesai persembahan, yaya boleh ajuk balik nyayian ti..ti..kusss dan yaya nak menari ganam style lagi. bila mummy fikir, yaya takda masalah dalam memahami apa yang berlaku di sekeliling yaya. mummy tak akan panik, mummy tak putus asa dalam mencari penyelesaian ini sayang.

Sejak mummy dapat tau ada sesuatu yang pelik pada diri yaya, mummy mula google tentang  simptom ni, sebab mummy perlu tahu dan lebih tahu supaya mummy faham untuk menangani masalah yaya, yaya, yaya kena faham ya sayang, ini bukan satu penyakit tapi ini hanya gangguan. 

"kanak-kanak yang mengalami simptom ini bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. daripada kajian yang dirujuk, mereka ini mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan". 

Mummy terima dengan hati yang lapang walaupun pada awalnya, mummy sangat panik dan cemas, tapi bila mummy mula tahu dan faham tentang simptom  ni, dan mummy juga berkongsi verita yaya pada mama sha, aunt lenny dan aunt rai, mummy mula lega. 

Setiap hari mummy akan uji cara yaya berfikir, i have to sayang supaya mummy dapat kesan perkara ini lebih awal. setiap kali dalam kereta, yaya akan cakap seat depan tu belakang, dan seat belakang tu depan. tiap kali itu juga mummy akan betulkan bila yaya silap, tapi yaya akan betulkan mummy semula. aduhai anak..mummy tak marah sayang cuma mummy risau sayang. yaya..mummy dah aturkan janji temu yaya dengan pakar kanak-kanak di KPJ TAWAKAL. mummy akan usahakan mana yang yang termampu, duit boleh dicari tapi yaya tiada galang gantinya untuk mummy. mummy dalam mood positif sayang. insyallah, aku kongsi cerita yaya bila aku dapat pengesahan dari doctor. doakan yaya sentiasa sihat dalam melalui proses pembesaran. amin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya