1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, January 9, 2013

BiLA PeLAjar KeMBali Ke KAmpus

Selamat kembali ke kampus untuk semua pelajar-pelajar ASWARA, dan terutamanya pelajar-pelajar fakulti teater. Selamat kembali ke semester ke II. Selamat kembali berkarya dan selamat menceriakan kampus aswara dengan aktiviti anda yang menyegarkan. wah, sungguh semangat aku bekerja hari isnin, 7 jan 2013, sebab dah 3 minggu aswara macam kena langgar garuda! sunyi sepi. sekarang kembali seperti biasa, dan selamat kembali sibuk jaa.hahahaha. lumrah seorang manusia yang mencari rezeki. ok, aku nak citer pasal hari pertama, minggu pertama januari ni, sangat excited sebab aku curi semangat semangat tu dari semua pelajar aku yang sangat bersemangat untuk mulakan pelajaran :)

Pagi isnin tu aku lewat sikit datang, sebab kesihatan yang tidak berapa mengizinkan tetapi aku datang jugak sebab aku tak mahu melepaskan hari pertama, minggu pertama januari dan aku nak tengok kecerian wajah wajah pelajar aku dengan keputusan exam untuk last semester. semoga semuanya suksess dengan baik dan cemerlang. 

Aku sampai ke kelas, 10 minit lewat, alhamdulilah, sebaik saja melangkah ke kelas, pelajar pelajar tengah menunggu aku. bagus, aku harap komitmen dan usaha datang awal pagi macam ni akan terus di kekalkan. aku menarik nafas  panjang dan aku hembuskan dengan satu semangat yang positif supaya, aura itu dapat menyerap pada pelajar pelajar aku. insyallah. ulmu kitab pembuka kelas ,agar Allah sentiasa merestui dan memberkati segala ilmu yang kita perolehi, amin.

Kelas pertama yang sangat memberi satu impress yang baik untuk aku, moga mereka akan terus menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. doa aku selalu mengiringi kamu semua. insyallah.

TiADA banyak catitan aku cuma, sekadar memberi nasihat, peringatan kasih sayang tentang sikap, sahsiah rupa diri dan akademik. aku rasa setiap semester aku akan cakap perkara yang sama, al-maklumlah, aku kan penyelaras Hal Ehwal Pelajar (HEP) So, banyak perkara yang aku perlu jaga berkenaan dengan pelajar pelajar fakulti teater. sebenarnya bila banyak berhubung dengan pelajar, aku dapat belajar tentang banyak perkara, ada tentang hidup, ada tentang kemanusian, ada tentang kejiwaan..eh banyak lah, sangat menarik bila aku duk sorang sorang, aku hayati setiap satu persatu, aku teliti setiap inci permasalahan mereka. luas sungguh hingga tidak terjangka dek akal.

Kepuasan seorang guru adalah, apabila dia melihat pelajarnya berjaya dengan cemerlang dan mengaplikasi setiap ilmu yang dipelajarinye dalam kerja praktikal dan kehidupan. seorang guru tak pernah minta untuk dibalas jasa dan tenaganya tapi seorang guru hanya meminta supaya pelajarnye menjadi manusia yang menghargai dan menghormati sesiapun tanpa memandang status dan pangkat.

Semoga anda semua suksess.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya