1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, January 31, 2013

BLEEDING.... AGAIN AND AGAIN

SALam Readers semua. 
hari Sabtu, aku dapat satu berita yang gembira, yakni..aku mengandung anak kedua, 2 weeks. alhamdulilah, rezeki aku dan incik suami tahun ni. permulaan yang sangat baik untuk kami, sebabnya, incik sedang menyetupkan bisnesnya, alhamdulilah, rezeki yang ALLAH berikan. tak terkata kegembiraan ni. si tenit bakal jadi kakak, adalah jugak peneman dia kat rumah nanti. ya allah, gembira sungguh hati ini. terima kasih dan dengan penuh kegembiraan aku panjatkan doa kesyukuran ni.

Kadang kadang Allah pinjamkan sekejap kegembiraan itu untuk kami, hari selasa 29 jan 2013, aku ada kelas dengan diploma tahun 3. tengah aku syok bagi penerangan dan lec, aku rasa sakit dibahagian bawah perut, sakit yang amat, dan aku rasa ada sesuatu yang mengalir. aku cuba bertahan dan duduk, aku tak dapat nak teruskan kelas sb sakitnya sangat mencengkam.

aku ke toilet, sebaik saja aku duduk kat bowl toilet, ada ketulan daging sebesar dua jari keluar. adusss..ya allah, aku dah dapat agak sesuatu dah tapi aku masih lagi positif. aku terus call incik suami supaya datang ambik aku.







tiga jam, aku menerima rawatan dari dr.nina. memang terbaik rawatannya sangat detail dan jelas dia terangkan pada aku kenapa kandungan aku tak lekat. sepanjang aku berjumpa dengan mana mana doctor, aku rasa dr. nina la yang memberi penerangan yang sangat details pada aku. tq doctor, memang aku frust, tapi insyallah ada rezeki untuk aku di kemudian hari. 

aku nak tukar doct dan consultant kesihatan. aku akan terus follow up ngn dr.nina.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya