1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, January 11, 2013

CeriTera HaRI JUmaAT

Assalamualaikum..dan salam hari jumaat untuk kawan-kawan yang aku sayang, moga hari ini akan jadi lebih dari semalam,insyallah. sekejap je masa berlari, tup..tup dah hari jumaat, bersaman 11 jan 2013 bersamaan 28 safar 1434. sekarang ni, aku yang kena kejar masa, terlalu banyak agenda dan aktiviti yang sudah di rancang. moga-moga ia berjalan dengan baik dan lancar. amin.

Pagi tadi, si tenit meragam, masa dalam kereta, dia sibuk nak bukak tingkap, dia suka hadapkan muka dia kat angin, aku bukannya apa, yaya tu dah lah flu, tak berapa nak sihat. udara kuala lumpur pepagi ni bukannya bagus sangat, asap kereta berkepul kepul, tapi mana lah si tenit tu nak faham. sedang yaya duk leka bukak beg princes dia, incik hubby terus tutup tingkap dan lock terus. apa lagi, meraung la dia, isshh..yaya ni kalau merajuk, menangis sampai tersedu sedan. hihihi..yaya..come sayang, big hug mummy. yaya peluk aku sambil nangis-nangis, berjujuran airmata si tenit, aduyai, yaya, mummy ni tak boleh la nak tengok yaya nangis. tak mau nangis sayang, jenuh aku duk pujuk dia sambil bercerita kat dia, bahaya kalau bukak tingkap ni. setelah di pujuk, aku nyanyikan lagu peberet dia, barulah reda sikit. bila aku nyanyi lagu ni, dia akan turut sama nyanyi ngan aku sekali, tgk bawah

Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang

Tanya sama Mummy
Apa sebab sayang
Nanti mummy jawab
Yaya jiwa mummy

Korang semua mesti tahu lagu ni kan, aku ubah sikit lirik lagu, bagi yaya tahu yang aku sentiasa akan jadi penghibur dia, sampai bila-bila sayang. itu janji mummy. love u darling.

lepas abis nyanyi, baru lah si tenit ni nak senyum, baru lah nak bergurau senda ngan mummy kan. iss..gigit baru tau,hahah.
"mummy, dah nk ampai umah yuyun"
cepat dia ke seat belakang, amek beg toys dia, amek beg princes yang ada buku kat dalam tu, eii, kalau boleh semua barang mainan dia nak angkut gi umah pengasuh. tak palah yaya, janji tak meragam ngn mummy pepagi hari ni. si tenit ni anak yang baik dan bijak, tiap kali nak turun dari kereta, dia akan hug, kis, salam ngan kami. alhamdulilah sayang. moga sentiasa jadi budak yang baik. doa mummy dan walid sentiasa ada untuk yaya. itulah rutin harian kami setiap hari, masa anak lebih banyak di rumah pengasuh, tapi itu bukan alasan untuk kami lepaskan semua tanggujawab pada pengasuh. tugas kami pun mencari rezeki untuk anak, kerana dialah amanah ALLAH yang sangat bermakna.

Bercakap pasal Anak ni, sampai opis, aku tengok headline paper yang terpampang, "TEMAN LELAKI DERA BUDAK YANG BERUSIA 2 TAHUN" grrrrrrrrrr...marah+sakit hati bila tiap kali baca kes dera ni. tak sanggup nak baca tapi aku ni jenis nak tahu, baca gak sambil meleleh-leleh airmata. manusia yang mendera budak kecil ni memang takda akal, tak da agama dah agaknya. senakal mana pun mereka, mereka tu masih budak la weiiiii. ishhh, boleh buat darah aku naik pepagi jumaat yang mulia. ya allah, apa lah salah budak sekecil tu. jauhkanlah aku dari sikap macam tu ya allah. taknak cakap lebih sebab nanti akan jadi lebih marah dan timbul makian di pagi jumaat yang indah ni. ok la kawan-kawan..nak sambung kerja plak. jumpa lagi di lain entry.

MOGA hari jumaat yang mulia memberi kita rezeki yang halal dan ilmu yang diberkati. selamat beramal.


1 comment:

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya