1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, January 9, 2013

cOZy SUndAY + dINNer @HomE TowN yONG Tow FOO AmPAnG

 Permandangan senja dari rumah aku.Granduer Tower Apartment tingkat 12..sungguh indah ciptaan Tuhan kan. sekarang ni aku memang gile nak snap gambar permandangan, moga moga incik suami hadiahkan aku camera canon / nikon idaman aku sempena besday ke annevesarry,,kih..kih..tunggu je ek. memang menggila dengan hobby aku sekrang yang memang suka snap gambar yang aku rasa menarik dan memberi aku satu inspirasi. paling heaven bila dapat snap gambar-gambar waktu senja, pagi, permandangan bukit bukau.perghh..memang aku akan suh incik suami stopkan keta, hahahaha.sorry sayang, fahamilah kegilaan wifey mu sekrang ini.
 Di celah celah grill aku nak snap view yang menarik, masa ni si tenit sibuk nak tengok apa yang aku ambik, aduyaii, nasib baik la balcony ni ada grill keliling, takda la mummy ni risau sangat,tapi risau tetap risau gak la. kita ni tak tau apa yang akan terjadi, so berwaspada la sebelum kena kan. apa pun, aku suka duduk @lepaking kat balcony sambil minum coffe, then angin sepoi sepoi bahasa pulakkan..perghh..lagi romantin kalau minum secawan coffe dengan incik suami.hihihi. tapi susah sikit lah sebab si tenit tu akan jeles, sentuh pun tak boleh, apatah lagi kalau aku duk rapat ngan hero dia.

 Malam ahad,Incik suami ajak makan kat sini, ampang yong tow fu.yes, memang aku suka! sebab sedap gile tau. nasib baik aku tak gile. malam tu kitaorang pergi tak ramai sangat orang, mungkin sebab ada juara lagu kot, maybe la. aku suggest untuk korang datang makan kat sini. harga pun berpatutan dan worth it dengan apa yang kita order.

 Yaya dan mr.hero dia.macam gf and bf la uolss ni, jeles jap mummy. keakraban korang ni memang takdapat nak di sangkal lagi. macam belangkas.






Ini antara menu yang kami order, ada menu yang tak sempat aku snap, sebab sibuk dengan menyuap si tenit. menu dinner kami malam tu, adalah, brinjal, soup, chilled fish talapia, chicken wings dan apa ntah namanya aku lupa. memang puas hati dan terbaik. bil kami malam tu Rm 51.00 aku rasa sangat berbaloi dengan menu yang kami mintak, banyak sangat dan sangat sedap. jangan lupa ya ke ampang yong tow foo. selamat mencuba korang.

Ampang Hometown Yong Tau Fu

Ampang PointKuala LumpurWP Kuala LumpurMalaysia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya