1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Sunday, January 27, 2013

DIA KEHILANGAN BUAH CINTA PERTAMA

salam untuk semua kengkawan yang aku kenal mahupun silent readers. moga kalian sentiasa dipayungi rahmat ilahi hendaknya. catitan kali ni aku dedikasikan untuk sahabat aku. sekadar ingin berkongsi rasa sedih dan simpati atas apa yang berlaku pada tanggal 25 januari 2013. satu text yang aku terima dari teman lama sangat menghibakan aku.  farish dan laling baru saja kehilangan buah cinta mereka.  benih cinta yang di semai tak sempat melihat dady dan mommy, tak sempat melihat dunia. aduhai..hiba dan sayunya hati aku melihat keperitan yang kalian tanggung, kalian hilang  mohd firhan usianya baru nak masuk 6bulan dalam kandungan laling. aku faham emosi korang berdua saat ni. korang memang menunggu firhan lahir ke dunia dengan penuh kegembiraan, tetapi ALLAH lebih menyanyangi firhan. percayalah..ada rahsia  yang ALLAH janjikan untuk kalian.

teman..
mungkin pada korang, mudah untuk aku ungkapkan kata kata semangat, tapi sebenarnya tiap biji kata yang keluar dari aku, sangat payah, sebab aku faham dan aku dapat rasakan erti kehilangan. tapi itu saja yang mampu aku lakukan untuk bagi semangat dan motivasi untuk kalian, yang selebihnya aku tak mampu. teman..melihat kami menangis, hatiku tersentuh, kerana laling pernah kehilangan cinta hatinya yang dirampas oleh lelaki asing tanpa khabar berita. laling..sendu kamu sangat menyeksakan, hanya perkataan sabar yang mampu aku tenangkan kamu. memang susah untuk kamu teima  kehilangan ini untuk kali kedua, tapi fikirkan nasib orang diluar sana yang jauh lebih menderita dari kamu teman..tapi mereka redha dan tak pernah putus asa. itu juga yang aku harap dari kamu, sebagai sahabat, aku mampu mendengar setiap keluhan kamu, setiap rasa kecewa kamu, tapi janganlah menghukum diri sendiri, ujian ini datangnya dari ALLAH, sudah pasti dia dah janjikan sesuatu yang manis untuk kamu dan suami. percayalah..

teman..
firhan pastinya akan menunggu mommy dan dady dia disyurga nanti. itu janji allah. aku doakan kalian berdua tabah hadapi saat ini. kehilangan firhan adalah satu hikmat.  melihat firhan tadi, sangat sempurna sifatnya. cuma saluran jantungnya yang sempit membuatkan firhan tak mampu untuk bertahan. relakan dia pergi ya laling dan farish. allah turunkan ujian yang hebat ini untuk hambanya yang hebat juga, sebab allah lebih maha  mengetahui kekuatan hambanya. merintihlah padanya, mohon diberi kekuatan dan  ketenangan.

teman..
rezeki sentiasa ada selagi kita berusaha..insyallah..alfatihah untuk mohd firhan. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya