1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, January 29, 2013

FACEBOOK OH FACEBOOK!!!

sudah masuk pagi selasa. taknak pulak lelap mata aku ni. sudahnya blogging sambil nonton movie hantu sambil menulis ditemani incik suami yang sentiasa setia temani aku.hihi, nasib baik si tenit syok tido. 

nak citer pasal tajuk yang aku tulis kat atas tu. tengah duk lepak kat pak li kopitiam shah alam, aku online facebook, itu rutin la sementara tunggu makanan sampai. tengah syok aku skoll phone kesayangan aku ni, aku terpandang la status sorang hamba allah ni. antara ayat ayat yang aku ingat la yer " menyampah tul aku dengan status status orng org kat dalam fb ni, nak makan pun update status, nak gi check up pun update status, pic scan baby pun nak update stattus, gambar graduate pun nak upload banyak, semualah perihal hidup korang ni korang nak update, so inoying" itu adalah antara ayat ayat atau statement ketidakpuasan hati dia dengan friend list yang update semua tu dalam facebook. aku pun klik la kt coment semua, ada yang lawan dan ada yg menyokong la. hmm macam macam hal.

ok,ni pandangan peribadi aku, takda kena mengena dengan sesiapa pun. secara positif, itu adalah hak peribadi orang la nak update tentang aktiviti harian dia. apa yang dia nak buat, apa yang dia nak upload. mungkin ada orang jengkel dengan sikap kwan kawan dalam fb, tapi itu cara dorang nak ekspress emosi dorang. bagi aku, selagi tak melanggar undang undang dan tak sakitkan hati sesiapa dengan status memaki hamun dan sumpah seranah, masih lagi ok la. tapi kalau korang tak suka dan rimas korang unfriend jek. senang kan dan settle masalah rimas ko tu. ko pun sama gak aku tengok, upload pic makan gak, pic kucing miow kesayangan ko yang sakit tu. hey..apa ni, ko pun sama jek, tak yah nak out spoken sangat cakap pasal org kt status ko tu.kadang kadang ada gak aku terbaca pasal pasal ko marah dengan pak menteri kita, tapi yang ko pegi sambung belajar kt obersea tu, duit siapa??kalau bukan duit kerajaan dan tempat uni ko bernaung sekarang. aduss, sungguh aku tak faham. tak lama aku unfrnd gak ko, tapi tak rugi apa pun kat aku. maaf la yer, aku agak sentap la jugak, sebab bagi aku ler, tak perlu ko nak update camtu, kalau ko bengang sangst ko private chat je ngn orang tu or ko bukak je secret group, so kat situ ko boleh nak update apa ngn kawan kawan ko, macam aku buat ngan kawan kawan, secret group. nak lepas geram je, update kat secrt group, puas jugak hati kan.

hahaha..ok sekian terima kasih bebelan aku di pagi hari. nak permisi dulu, sambung temani incik suami layan movie pulak.

suara hati: upload pic dan update status check up ke apa,itu cara mereka dalam facebooking. lau tak suka, block seyja. habis cerita.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya