1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, January 14, 2013

jom tonton TEATER MUZIKAL "DESTINI ANAK BANGSA" Tan Sri Arshad Ayub



Mengisahkan tentang jati diri, semangat dan legasi Melayu seorang pejuang anak bangsa yang sangat bercita-cita tinggi. Mengisahkan perjalanan dan cabaran hidup Yg.Bhg. Tan Sri Datuk Haji Arshad Ayub bakal dijadikan sumber rujukan naskah sebagai pemangkin kisah perjuangan ini. Bermula sebagai sebuah keluarga susah, dengan catuan makanan, pakaian yang hanya sekadar untuk menutup tubuh badan sahaja selagi tidak menjolok mata, tidak bersikap terlalu bergaya yang tidak bertempat tetapi masih mampu menunjukkan kerajinan belajar, kerajinan berusaha dan kejayaan mengatasinya, meskipun rakan-rakan lain adalah anak pekedai, anak pegawai kerajaan dan anak orang kaya. Ini membuktikan bahawa kekayaan dan pangkat ibu bapa bukan pengukur kejayaan seseorang, tetapi yang penting ialah usaha gigih yang ditunjukkan. Biografi Sejarah penubuhan dan Aspirasi UiTM serta kesinambungannya dengan Biografi Tokoh Yg. Bbhg. Tan Sri Datuk Haji Arshad Ayub turut dijadikan sumber serta garapan idea bagi naskah sebagai meneruskan kisah perjalanan hidup dan perjuangan ini. Berkisar dengan kewujudan Maktab MARA dengan kesaksian kesempurnaan perletakan batu asas pada tahun 1967 oleh Tun Abdul Razak di Shah Alam sebagai tanda permulaan kampus baru Maktab MARA. Tahun 1968 pertukaran nama dilakukan dari Maktab Mara kepada Institut Teknologi MARA (ITM) seterusnya kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang cemerlang untuk masa depan anak-anak Melayu. Perjalanan kehidupan kampus, graduasi dan kerjaya bakal divisualkan sebagai inspirasi Anak Bangsa yang pantang mengalah yang tidak mungkin dilupakan. Biar putih tulang, jangan putih mata. Kisah Suka Duka, Pengorbanan, Cita-cita, Kecekalan, Kepercayaan, Rintangan, Ketegasan, Perjuangan, Semangat dan Kejayaan ini diharapkan menjadi panduan,harapan dan pembakar semangat dalam melahirkan Anak Bangsa ke arah pembangunan diri, ilmu pengetahuan, masyarakat dan negara.

aku selaku blogger tolong promote persembahan persembahan yang berlaku di sekitar kuala lumpur, shah alam dan serata malaysia, insyallah.

mesej yang aku terima dari pelajar Uitm Shah alam - SALAM,KAMI INGIN PROMOSI TEATER MUZIKAL DESTINI ANAK BANGSA TAN SRI ARSHAD AYUB...

ARAHAN OLEH: MAZLAN TAHIR

TARIKH PADA: 25-28 JANUARI 2013

PADA HARI JUMAAT,SABTU,AHAD & ISNIN

BERMULA PADA JAM:8.30PM

HARGA TIKET: RM15(Student),RM25,RM50,RM80,RM100

UNTUK MENEMPAH TIKET BOLEH MENGHUBUNGI:      ILA: 017-3808825

SEKIRANYA PIHAK DATO'/DATIN/TUAN/PUAN/SAUDARA/SAUDARI INGIN MENEMPAH TIKET SEBANYAK 40 KEPING DAN KE ATAS
PIHAK UITM MEMBERI DISKAUN BAGI HARGA TIKET RM 15 KEPADA RM 10 SAHAJA. 

DIHARAP KEDATANGAN PIHAK DATO'/DATIN/TUAN/PUAN/SAUDARA/SAUDARI
AKAN LEBIH MEMERIAHKAN LAGI PEMENTASAN TEATER MUZIKAL DESTINI ANAK BANGSA TAN SRI ARSHAD AYUB!!!!!
NIE PAGE TEATER KAMI : https://www.facebook.com/events/375649355842629/

JOM KAWAN KAWAN, PENUHI AKTIVI HARI MINGGU KITA DENGAN PENGISIAN YANG BERILMU. JOM MENONTON.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya