1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, January 16, 2013

KAEDAH KRITIKAN ARKETAIPAL

1. Pendekatan ini membicarakan dari sudut isi karya iaitu :
  1. premis karya 
  2. permasalahan
  3. ideologi
  4. persolan
  5. pemikiran
  6. falsafah
menurut andre hardjana dan maud bodkin ada beberapa tema dalam karya yang bercorak arketaipal. 

PREMIS
  1. persoalan kelahiran
  2. perjalanan
  3. pengembaraan
  4. kematian
  5. penjelmaan
  6. percintaan
  7. keajaiban
  8. peperangan
  9. berbentuk misteri dan fantasi
Tema pokok atau permasalahan dasar arketaipal, perlu dilihat dari konteks pengaplikasian, samada diungkap secara sedar atau tidak. Tujuan analisis arketaipal perlu mentafsirkan penggunaan unsur-unsur itu dalam karya. terdapat makna tersirat dan tujuan yang penting adalah fungsi psikologi. CONTOHNYE : sengaja menghidupkan semula unsur unsur lama untuk dihayati oleh generasi baru. dalam pada itu juga, inspirasi di dorong oleh rasa kebanggan terhadap masa silam.

2. Mengkaji unsur pengulangan kerana pengulangan itu mempunyai motif motif yang tersembunyi. kebiasannya, sejarah, tradisi akan berulang dalam dalam penulisan kreatif.

menurut FRYE " how similar problems are returned to again and again ".

contohnya : Noordin Hassan menggunakan persoalan kemiskinan pak andak dan mak andak dalam 

" bukan lalang di tiup angin"

  • memenuhi jiwa orang melayu yang kosong dan sepi.
  • papa kedana di tanah air sendiri.
  • kesengsaraan yang di alami oleh orang melayu.
  • puncanya ialah menyerah kalah kepada nasib.
sebuah analisis akan kelihatan kabur jika pengarang tidak memahami masalah dalaman ataupun kejiwaan (psikoanalisis).

3. Arketaipal menganalisi aspek lambang ataupun simbol yang terdapat dalam naskah ataupun persembahan.

Menurut carl jung, beliau telah meletakkan dasar yang kukuh dalam konteks perlambangan, tetapi FRYE telah mengembangkan aspek ini.

frye menekankan kajiannya pada konsep mimpi dan mengaitkan dengan sastera. dalam buku " anatomy of criticsm" 1957, frye menjelaskan genre sastera ditentukan oleh struktur arketaipal seperti :
  • Teks romantik
  • Tragik
  • Komik
  • Ironik ( keadaan yang bertentangan)
Dalam kajian, frye menganalisis :

  1. Imej mitos
  2. simbol-simbol
  3. signifikasi universal
  4. Hubungan teks + unsur unsur dalam jiwa + masa silam pembaca.
Menurut frye " sastera tidak terbuai dengan perasaan sahaja tetapi perlu ada kemanusian dan pengembangan kejiwaan".

sumber rujukan : teori sastera dan kontemporari- mana sikana

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya