1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, January 14, 2013

KERONGSANG PUZIAH-NASKAH PILIHAN TEATER MODEN

salam hari isnin..orang cakap monday blues or black monday. macam macam perkataan yang kita selalu gambarkan tentang hari isnin, hari permulaan minggu untuk kita mulakan tugas. bismilahirahmanirahim..mulakan setiap tugasan kita dengan lafaz bismilah supaya takda hari isnin yang hitam.amin. ini untuk ingatan aku juge. hari ni aku ada kelas produksi teater moden, pelajar tahun satu. hari ni aku masuk lambat dari biasa sebab ada kerja yang perlu di bereskan kat office. so aku suruh mereka warm up dulu dan buat persediaan untuk pemilihan watak. 

kenapa pentingnya ujibakat untuk pemilihan watak, walaupun mereka semua wajib terlibat dalam produksi yang berskalakan pembelajaran.  ujibakat penting dalam sesebuah produksi kelas supaya tak ada istilah pilih kasih ke, tak adil ke, berat sebelah ke dan apa apa lagi lah yang berkaitan dengan maksud di atas.

ok kawan kawan dan pelajar pelajar sekelian,hihi.sebelum aku membebel pasal pemilihan watak ni, aku nak bebel sikit pasal kenapa aku memilih naskah kerongsang puziah karya wan ahmad ismail. sebab kenapa terjadinya aku memilih adalah..jeng..jeng..kasi bunyi drum sikit..trengggg..tengggg....hihihi.bermula al kisahnye suatu hari. ini terjadi (macam apa je aku ni kan) ok ok..camni..masa meeting fakulti pada akhir semester satu, dekan mengarahkan aku untuk cari skrip teater moden awal awal supaya bila bukak semester nanti, tak lah terkial kial nak mencari. hihihi,sindir nampaknye..ok boss, sy akan menjalankan tugas saya dengan penuh dedikasi. amin. proses pencarian bermula dengan mengumpul naskah naskah teater moden. ada beberapa naskah yang perlu aku baca untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian dan kehendak cik dekan. fening jugak kepala aku ni nak memilih. tapi kena juga memilih.

satu hari, masa aku tengah duk khusuk menelaah skrip kalam hamidi, cik dekan masuk ke bilik aku dan suggestkan aku seorang nama penulis skrip teater moden, iaitu wan ahmad ismail. tanpa banyak soal dan banyak cekadak, aku menyelongkar bilik cik dekan untuk mencari naskah wan ahmad ismail. aku jumpa satu buku hasil tulisan beliau. dalam buku tu ada beberapa naskah hasil tulisan beliau. sebelum aku buat pemilihan, cerita mana yang patut diangkat ke produksi teater moden, perkara pertama ialah..iqra..baca..baca. sebab nye adalah, supaya aku tau la pasal latar belakang penulisan beliau. aku tak boleh ambil masa yang lama, semua nak cepat untuk memberi pengisian aktiviti sepanjang tahun 2013. setelah di kaji, setelah di baca dan difahami, aku memilih naskah keronsang puziah untuk produksi teater moden. antara sebab kenapa aku pilih naskah ni adalah isu yang terkandung dalam naskah itu. isunya yang sangat relevan dengan apa yang akan berlaku tidak lama lgi, isu pilihanraya, isu siapa layak yang jadi wakil, adun atau yang sewaktu dengannya. selain daripada isu politik, isu cinta, nafsu, kesetian suami dan isteri dalam melayari hidup berumahtangga juga terdapat dalam naskah ini. penulis tidak meletakkan zaman ataupun tahun dalam naskah ini bermakna, penulis mempunyai pemikiran yang jauh, ia mungkin boleh jadi zaman dahulu, zaman sekarang dan zaman akan datang. aku tertarik dengan pemikiran atau falsafah yang terkandung dalam naskah. terima kasih untuk penulis encik wan ahmad ismail kerana memberi keizinan kepada aku untuk menyelongkar naskah ini sebagai bahan pembelajaran. ok uols, nanti aku akan cerita lebih terperinci pasal naskah nii yer. kalau aku bagitau semua nanti, takdalah yang suprisenya, dan takda pulak modal aku nanti.setuju?aku akan update dari semasa pasal naskah keronsang puziah.

bebel pasal pemilihan watak pulak.sikit je pun.sabar la, baca sampai habis k. awal kelas lagi aku dah bagitau pelajar aku berkenaan naskah ni, aku suruh dorang phostast cepat cepat supaya tidak buang masa kerana aku lebih kurang dua bulan setengah je untuk mengerjakan naskah ni, kesuntukan masa dah. so, dari minggu lepas aku mulakan pembacaan pertama bersama pelajar. daripada situ aku dapat menilai dan buat pilihan untuk watak watak yang sesuai bagi setiap pelajar. hari ini lagi sekali pembacaan skrip dibuat mengikut babak babak yang aku pilih. alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancang, mau tahu siapakah yang kena?tunggu next entry..hihi.tata titu.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya