1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, January 14, 2013

MummY + SI TENIT= HAppENING gILE

Assalamualaikum..kita masih lagi dalam mood hari minggu yer kawan kawan. biasanya kalau aku tak sibuk dengan aktiviti dekat kampus, aku akan luangkan masa sehabisnya untuk my lovely family. kebiasaannya, hari sabtu, kami akan keluar jalan-jalan, shopping keperluan rumah, keperluan si tenit yaya dan yang sampingan tu, aku punya la.hahahaha. itulah rewards untuk diri sendiri kan. hari ahad biasa aku jarang keluar, kalau keluar pun waktu petang-petang, bila semua urusan kerja rumah settle, maklumlah esoknye kan hari senin so banyak menda yang nak kena siapkan. sebelum aku migrain tengok rumah tunggang langgang, baik yang aku tertunggang lu.hahahahah. hari ahad ni, aku masih lagi dalam mood yang malas nak masak sarapan. incik suami dgn yaya bersiap siap nak keluar pepagi hari, aku ni masih dalam selimut, opsss, bocor lak rahsia.hahahah. kata incik suami, nak bawak yaya gi taman, ouhhh..ok..syg,belikan brekpes sekali ek (nada yang manja konon kan). 

lepas incik suami keluar dengan tenit, aku nak sambung tido balik, disebabkan cuaca pagi ahad tu tersangatlah sejuk, dengan angin yang sepoi bahasa melayu tu. adusss, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..aku kena basuh baju tenittttt+ kemas rumah+cuci bilik air+ lipat kain+iron baju= arghhhhh..bangunnnnnnnnnnnnn!!! dengan pantas aku bangun bila terkenangkan banyak sangat menda yang tak settle, kemas tempat tido, kemas bilik, masukkan baju tenit dalam washing machine and putarrrrrr.hahahaha. kemassss+ sapu rumahhhh, sementara tenit takda ni senang lah sikit nak buat keje, kalau tak sama sibuk dengan dia nanti. settle semua, keluarkan ayam+ikan dari peti ais, nak masak untuk lunch nanti, keluarkan awal awal senang, takda keras kejung nanti. lepas settle sikit sikit, aku gi mandi, kasi fresh dan cun sikit.hahahaha.

incik suami bawak balik brekpes nasi dagang terengganu..feberet kami.yummy..no pic, battery kong or empty!! next time ek aku snap ek, ehh..jangan mare ler..tenit aku ni makan laksam abis satu mangkuk!!!! dia memang suka laksam, feberet gileee, nampaknya mummy kena belajar buat laksam la..insyallah, i will try dear. TENGOK pada resepinya, mummy mampu nak buat, hihihihi.insyalllah..insyallah..uols,jom layan pic kat bawah ni.


 aktiviti di hujung minggu= melipat lipat kain ler..ni ler baju baju yang tenit nak lipat. kita tunggu apa yang jadi.hahahaha. makin bersepah adalah, adussss..tenit ooo tenit..nak tunjuk rajin la tu.
 tengok mummy lipat, kemas kan!!! yaya pun kena lipat macam ni gak, so setiap kali mummy lipat kain, yaya kena tengok dan belajar yer, nanti kalau nak sekolah asrama penuh dah senang dah yaya..takdalah tunggang langgang loker baju yaya nanti kang...hihihi
 wahhhhh..rajinnye tenit..boleh ke lipat tu..chaiyok la tenit!!! dia berusaha sangat tengok aku lipat kain, dan dia sangat berusaha untuk lipat semua kain kain kat depan dia. mulut non stop la masa ni. sebab semua baju yang aku lipat dia akan tanya " baju ape ni mi" dan aku jawab satu demi satu tanpa kebosanan, cuma penat mulut sb gusi aku bengkak. bukan sehelai dua tau, satu bakul yang besar tu!!!!!!!!!!!!!! bayangkan je ek...
 hai uolssss...saya yaya..saya anak mummy ngan walid, uolss nak tahu, saya ada dua tab tau, satu tab 7.0 dan satu lagi tab 10.banyakkan tab saya?? dua dua saya nak main,  sb ini sya punya!!!!! classs awak ya..heyyyyyy..semua tab hak yaya ek..habis kami????adussssss..tak boleh nak wat apa dah kalau dia kata itu hak dia. layan je lah time ni. tapi muka senyum je tu..geyam sungguh la tenit ni..rasa nak gigit jek..hahahahahahahh..ni muka orang tak tido dari jam 3 pagi ok!!!!
 ya allah, sungguh kebulur tenit ni, sampai menjilat hingga ke bekasnye! orang sampai ke jari je tau. hihihi..ni aku wat coklat peanut butter cream, dia memang suka, feberet dia! sama ngan incik suami..berbaloi kalau aku buat lebih sebab confrm abis!!
 dah bis mi!!! memang la da abis sebab yaya dah makan..hahahaha..tapi tangan tenit masih lagi mengorek kalau kalau masih berbaki coklat tu. alahai anak, nanti mummy masak lagi yer sayang.
 konon ni merajuk la sebab aku dah abis....kuat merajukkk la tenit ni tau!!!!!!!!
 masih hari ahad, masih hari yang sama..cuma bila mandi jam 2 ptg tu, costume pun lain la kan..tenit ni memang suka ikut aku duk dapur..ni dia tengah pose ngan cup cake aku..hahahahah..tak ngantuk ke sayang oiiiiii.
 posing kat dapur mummy dan cup cake mummy. tenit dah makan 4 cup cake!!!!!!!!! dia memang suka! sb tu la aku rajin masak, sb ada dua orang kat umah ni memang suka makan. alhamdulilah....sambil sambil tu, untuk mummy gak, boleh lah improve masakan mummy kan. chewahhhhh..hihihihi.


masa aku tengah siapkan topping untuk cup cake ni, si tenit sibuk duk bercerita macam macam dengan aku pasal kartun disney yang tengah on sekarang, tak faham pun aku layankan aje. dalam pada tu, dia ajak gi taman.
mi, yaya nak gi aman, jom mi. owh kesiannya kat dia, kebosanan ni. walidnye berdengkur...hihihi. aku cepat cepat siapkan keje aku. 

aku keluar berdua je ngan tenit petang ahad tu, itu pun dah lewat, tapi at least aku bawak dia kuar jenjalan, puaskan hati dia dah cukup buat aku happy. ontheway ke lake garden, dalam kereta, tetiba i smell..ermmm..erkkk..arhhhhggg... tetiba si tenit bersuara, lepas diam 1 minit, mi..yaya eyak. hihihi,aku dah agak dah..ala ya, mummy pulak tak bawak pampers..aku patah balik dan terus ke PBD cari pampers. lepas dapat pampers, aku ke petronas bangsar, wash wash la..nanti kalau lelama, dia pulak yang tak selesa, kesian. kulit di tenit ni dah la sensitip. lepas wash wash, aku masuk kedai mesra, nak belikan incik suami rokok, sekali dia sudah terpandang itu GOPAL dalam boboi..hahahahaha, apa lagi, mi..yaya nak ini.ok ok ok sayang..satu je ok. ok mi, jawab tenit kegirangan. 

azan dah berkumandang, aku masih dia atas jalan ngn tenit, ontheway nak balik...tenit dah zzzzzzzzzzzzzzz lepas berak, kasi susu terus lena. tinggalkan aku sorang, mendengar lagu lagu yang jiwang di petang ahad. ahad berlalu dengan rasa yang manis+cool.
koleksi si tenit yaya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya