1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, February 1, 2013

PENYAKIT KENCING MANIS PART II

anda merupakan apa anda pernah makan!!

masalah kencing manis yang aku dapat sekarang adalah punca darpada makanan yang aku telah makan sejak bertahun tahun, sepanjang aku hidup. kencing manis bukan satu penyakit, ia cuma satu simptom atau tanda yang badan aku sudah menjadi asid!!

kalau kencing manis tu satu penyakit seperti selsema atau wabak, ia sudah lama berjangkit. hakikatnya diabetis tidak berjangkit. diabetis bukan disebabkan oleh virus atau bakteria. jadi, apa tujuan ubat ubat yang dibekalkan oleh doctor tu????

jaa, ubat tu untuk tujuan pegawalan gula dalam darah untuk kurangkan keradangan dan kesakitan. tapi kita ni tak boleh nak bergantung sangat dengan ubat, sebabnya bahan kimia yang terkandung dalam ubat akan menimbulkan kesan yang lain pulak, itu kata doctor, bukan kata aku. doctor nina perjelaskan pada aku peringkat peringkat penyakit kencing manis.

peringkat pertama-: darah yang pekat dan gelap. sebabnya ialah kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat dalam darah atau menyebabkan sel sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang boleh menghalang pengaliran darah.

peringkat kedua-: kerap rasa panas dan dahaga. kepekatan gula yang makin bertambah dalam akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air diserap keluar dari sel sel badan. sel ni lah yang akan hantar signal dahaga pada otak untuk minta bekalan air.

peringkat ketiga:- kerap rasa letih dan mengantuk. darah yang jadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh menampung oksigen dan nutrien keseluruh badan dengan efektif. apabila otak kita tidak terima bekalan oksigen yang cukup, itu yang buatkan aku ngantuk dan kerap rasa letih yang amat sangat.

peringkat keempat-: lemah tenaga batin. persembahan tidak lama. tak kira la laki ke perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah dan boleh jejaskan nafsu seks kita.

peringkat kelima:- tompok atau bintik mula muncul dan kebas kebas. tanda tanda sel sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga iaitu glukosa yang terapung dalam darah. itu saje yang aku dapat aku kongsikan. nanti aku update lagi perkembangan kencing manis aku ni.

1 comment:

  1. kena displin mkn ubat la ija.take care ya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya