1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, January 25, 2013

PESAN BUAT PUTERI MUMMY

TENGKU NUR IFFAH ZAIRA@ZARA@YAYA@TENIT..malam ni mummy nak catatkan sesuatu untuk puteri mummy.

sayang..sesungguhnya jalan didunia ni banyak,kiranya sayang gagal dalam satu jalan itu, usahlah sayang risau kerana masih banyak jalan yang boleh diambil. tapi percayalah jalan ke akhirat hanya satu,pastikan sayang tak gagal dalam menempuh jalan itu. kerana kiranya sayang gagal, selamanya sayang gagal. doa mummy untuk zara, moga zara sentiasa ingat pada maha pencipta.

sayang..
kiranya zara bersahabat, bersahabatlah dengan penuh keikhlasan. jangan sesekali mengharap balasan apa apa semasa di landasan persahabatan. persahabatan yang berpanjangan akan membuahkan nikmat dalam kehidupan.

sayang..
andainya satu hari kelak, zara berhadapan dengan ujian yang amat berat, yang tak pernah zara lalui sebelum ni, ujian yang merobek hati zara, yang melemahkan akal dan fikiran, yang membuatkan zara tersiksa, percayalah sayang, bahawa zara sedang diperhatikan oleh ALLAH SWT dengan penuh rasa kasih dan sayang. bertawakal lah padaNYA. mohonlah padaNYA kekuatan kerana hanya dia yang mampu memberi zara kekkuatan. meskipun waktu itu zara dikelilingi sejuta manusia, namun tiada satu pun yang mampu memberi zara kekuatan. sayang..sentiasalah bertawakal dan di tambah dengan usaha ya sayang.

sayang.. setiap ujian yang turun itu adalah satu hikmat dari allah. ingat pesan mummy ya sayang..moga zara sentiasa dilimpahi rahmat ilahi. moga zara membesar jadi anak yang solehah dan manusia yang sentiasa menghargai kesusahan dan kesenangan. mummy sentiasa doakan zara.

suara hati:catitan ini untuk puteri ku bila dia menginjak dewasa. moga pesanan mummy sentiasa tersemat kukuh dalam hatimu sayang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya