1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, January 3, 2013

SeLAmaT DAtANg 2013..

Happy New Year 2013...permulaan tahun baru yang sangat nostalgik untuk aku. walaupun malam tahun baru aku, hanya ditemani kawan-kawan FB, bunga api yang bergemerlapan di langit nan indah. Incik suami dan puteri kesayangan sedang lena dibuai mimpi. melihat wajah wajah kesayangan menyejukkan hati aku, sambil pejamkan mata dan hati kecil berdesis, lengkap sudah hidup kau jaa. alhamdulilah, moga wajah wajah kesayangan ini sentiasa dipayungi rahmat ilahi. sambil menanti detik detik tahun baru, aku sempat berchatting dengan kawan kawan yang sangat mengajar aku tentang kehidupan, perhubungan yang sangat manis untuk dikenang. bermula dengan satu tag status di FB, maka muncul KSS, kawan setia sejati. Ya allah rindunya aku pada kalian semua, terkenang semua cerita manis kita waktu zaman sekolah, waktu zaman hingusan, waktu zaman nama kita jadi bualan cikgu-cikgu dan kawan kawan. 1993-1997 tahun tahun kita mencipta pelbagai rasa, emosi dan kenangan. manis dan pahit mewarnai hidup kita kawan. perhubungan kita terlalu kuat, rapat seperti kita keluar dari rahim yang sama. itu gambaran yang aku bagi untuk persahabatan kita.

KSS..
sebak rasanya untuk menulis kenangan ini, sebab aku akan rindu kalian. tapi aku perlu juga menulis catitan indah ini agar ia menjadi kenangan untuk anak anak. biar mereka tahu, kenakalan kita menjadikan kita manusia yang tahu erti susah, senang, duka, gagal dan berjaya.

saat aku menulis catitan ini, aku ditemani lagu "setiaku disini" ziana zain. sebak, menitis air jernih dipipiku..arhh..kawan..aku terlalu rindukan kalian, rindu untuk gelak, rindu untuk sama sama menangis dengan kalian. kita sentiasa menenangkan antara satu sama lain, sorang susah hati, semua akan jadi susah hati kan.

kawan..
ingat tak lagi, waktu kita dipanggil ustaz din. masa tu semua hati membuak buak benci pada dia. aku pun tak tau kenapa aku benci sangat kat ustaz  din hinggakan hal yang tak sepatutnya aku buat pada insan yang bergelar guru, tapi jiwa remaja yang tengah hot jadikan aku manusia yang berani. malam tu, kita berkumpul, malam tu ustaz din meluahkan segala rasa hati dia pada kita. kita terdiam semua, berfikir, menyesal atas apa yang kita buat? semuanya melayan perasaan. malam tu juga kita semua buat pengakuan, mintak ampun dengan ustaz din, mintak maaf, mintak halalkan semuanya, sungguh syahdu saat itu. "cikgu, ampunkan kami, halalkan segala ilmu yang tercurah untuk kami cikgu" jawab ustaz din dan cikgu2 praktikal UKM, 

" cikgu halalkan dan cikgu maafkan segala apa yang kamu buat, cikgu doakan kamu semua jadi orang yang berjaya satu hari nanti dan gembirakan hati kami dan orang tua kamu" 

ustaz din dan cikgu cikgu , lihatlah kami sekarang, kami dah jadi manusia yang berjaya dalam hidup kami. inilah doa cikgu untuk kami. kami membanggakan cikgu, kami membanggakan keluarga kami dengan doa dan restu dari cikgu.

KSS..
bila di kenang zaman kenakakalan kita dulu, aku boleh gelak-gelak sorang..hahaha. memang kelakar gile. ada yang kena ketuk ngn cikgu sebab buat bising dalam surau kerana duk geli geli ngan bulu sejadah. konon laa, kan..hahahah. nor..nor..memang penggeli bulu yang tegar!! sekarang ni geli bulu tak lagi yer??hahaha.

KSS..
kalau aku nak catitkan setiap moment moment kita dulu, rasanye sangat panjang, bagi aku, cukuplah kita semua ingat setiap memori yang kita cipta dengan baik dan indah. kawan..kita pernah mengikat janji sebaik sahaja tamat SPM 1997, yang kita janji, kita akan terus hubungi antara satu sama lain. tapi kita hanya mampu merancang kan kawan..masing masing ada jalan yang perlu kita tempuh. kawan..macam mana kehidupan korang semua ya? aku pasti kebahagian yang melingkari hidup korang kan..alhamdulilah..kita tempuh satu persatu dugaan dengan sempurna walaupun kadangkala kita sering terjatuh untuk melangkah. kawan..bicara ku sampai di sini saja..tak sanggup untuk menulis lebih panjang, kerana jiwa aku sarat dengan kerinduan pada kalian. kawan..selamat tahun baru..moga 2013 kita berjaya kumpulkan 12 orang kss. ingin aku peluk erat kalian untuk lepaskan kerinduan yang bertahun.

Selamat tahun baru juga untuk Incik suami..kita tinggalkan 2012 dengan hamparan yang kemas agar kita tidak berpaling sedikitpun pada kenangan itu. moga 2013 menghamparkan sejadah cinta yang indah buat kita.

Selamat tahun baru Tengku Nur Iffah Zara@yaya..puteri kesayangan mummy dan walid. tahun ni mummy akan hantar yaya ke pre-kindy program @Genuis aulad. moga yaya jadi anak yang bijak, anak yang sentiasa hormatkan orang tua dan kawan kawan. yaya..kasih sayang ini tiada galang gantinya untuk puteri mummy. sentiasa menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik. mummy akan SENTIASA jadi pendengar, penyokong dalam apa jua kecenderungan yaya..i love u so much my dear.

Selamat tahun baru juga buat teman teman ku..terima kasih kerana sentiasa berkongsi cerita dan rasa dan tak lupa selamat tahun baru untuk pelajar pelajar yang sentiasa menjadikan aku tempat rujuk, tempat bercerita dam tempat berkongsi ilmu. saya sentiasa doakan kejayaan kamu....muahhh..i love u all. secebis perbualan bersama KSS...
  1. Andai dapat ku undur masa... x ingin lg dan x mahu lagi berpisah bkn dgn kerelaan hati, penyesalan y x ada kesudahan, ku tersepit dlm jerat sndiri... Mutiara KasihRosnani MohamadAsilah Che SulongHanny SelamanyaAzura MohamadNoor Akmaliah MudaNorazita Bt Junos MookgieNai Azlina Kamat, k.tie, alin, mukminah... selamat tahun baru 2013 sahabat...
    Unlike · 

3 comments:

  1. Tq ja utk bingkisan itu...satu2 kngn y kita laui dulu terakam dlm fikiran aku...indahnye...andai dpt kuundur ms...

    ReplyDelete
  2. TQ ja...coretan y mmbuatkan semua kngn terakam kembali dlm fikiran aku...andai dpt kuundur ms...indahnye kngn itu...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya