1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, January 21, 2013

TEATER KECIL VS TEATER BESAR: DISKUSI MENCARI KEBENARAN.

Salam untuk semua readers yang silent atau yang sentiasa memerhati dari jauh. thanks ye uols sb sudi membelek belek blog aku, walaupun tak seberapa pun.hihihi. ok..aku nak sembang dengan korang semua berkenaan diskusi yang berlangsung di media prima tv3. 18 jan 2013 jam 3 ptg, aku bawak segerombolan pelajar pelajar aku untuk anttend satu diskusi teater yang berlangsung di tv3. alhamdulilah, aku gumbira sebab rata rata mereka ikut rombongan cik senah aku ( gelar seorang teman baik untuk aku..hahahaha ). sebaik sahaja sampai, aku bawa rombongan aku ni ke dewan theatre, dimana tempat berlangsungnya diskusi sri pentas. 

Selesai pendaftaran, aku mintak semua pelajar pelajar aku masuk ke dalam dewan, kerana majlis akan berlangsung lebih kurang 3 minit lagi.

Barisan Panel panel diskusi terdiri daripada, Hans Isaac, Fauziah Nawi, Jo Kukatas dan Nor Azam, moderator untuk diskusi petang itu ialah A.wahab Hamzah. sebelum majlis bermula, Datuk Johan Jaaffar selaku Pengerusi Media Prima Berhad, memberi ucapan kata kata aluan sebagai pembuka sidang keilmuan.

aku menulis tentang ini, bukan aku nak mengulas satu persatu apa yang di perdebatkan pada majlis ini, tapi aku ingin mengulas sedikit secara keseluruhan mengikut pandangan peribadi aku dan juga interpretasi aku tentang tajuk dan kupasan setiap ahli panel. pada awal aku melihat tajuk diskusi ini sudah memperlihatkan satu fenomena yang sering berlaku diantara pengiat teater. aku jelaskan sedikit tentang tajuk yang tertera : Teater Kecil, adalah satu persembahan yang bentuknya skala kecil, maksudnya di sini, ruang pementasan yang kecil, kos perbelanjaan yang kecil dan kadang kadang besar, penonton yang datang pun dalam jumlah kecil. biasanya teater kecil di terajui oleh penggiat teater yang amatur dan juga profesional, pelajar pelajar universiti dan juga lepasan universiti. walaupun teater mereka berskala kecil dan kos nya juga kecil namun penceritaan yang di persembahkan sangat berjiwa besar dan mempunyai visi dan misi yang tersendiri, itu lah yang aku nampak, setelah beberapa kali aku menonton teater kecil. mereka memang bergerak dari 0 bajet. pulangan tak perlu di tanya lah sb tak ramai yang memandang kewujudan mereka walaupun rekaan produksi mereka sangat menarik, kerana??? kerana apa?? itulah sebab adanya diskusi teater. TEATER besar, semua sudah maklum, bila kita bercakap tentang besar, semuanya akan jadi besar laaaaaaaaaa..dari keje keje yang bawah tu akan jadi besar, sb orang besar yang suruh.hahaha. aku melawak je..tpi betul la apa yang aku cakap. secara akademiknya dan ilmiahnya, teater besar adalah satu produksi yang memerlukan pentas yang besar dan canggih, tenaga produksi yang ramai, belanja produksi pula akan memakan jutaan ringgit dan juga memerlukan pelakon pelakon yang boleh memberi daya tarikan penonton ke panggung. itu lah secara kasarnya.

sedikit kupasan tentang perbincangan yang berlaku ialah di mana, penggiat teater merasakan teater kecil sering dipinggirkan dan tidak mendapat tempat di hati badan badan korporat, swasta dan kerajaan untuk menaja produksi kecil. luahan daripada ibu fauziah nawi, jo kukatas dan juga nor azam yang lebih banyak bergerak dari teater kecil. semangat juang mereka sangat tinggi dalam melahirkan karya yang berjiwa besar. berbeza pula dengan Hans isaac yang bergerak daripada teater besar dengan menghasilkan Lat the musical yang menelan belanja jutaan ringgit. pada amatan saya, Hans Isaac mempunyai satu linking yang sangat kuat dengan barisan barisan korporat dan hans juga mempunyai strategi perniagaan dalam menghasilkan sebuah karya yang berbentuk comersial, bagi saya, hans mempunyai target dalam apa yang dia buat kerana nilai jutaan ringgit itu perlu mendapat pulangan.

Manakala produksi fauziah nawi, jo kukatas dan produksi teater kecil yang lain, mereka masih mengharapkan dana yang lebih besar untuk menampung keperluan yang menuntut pengorbanan. mereka yang terlibat dalam produksi teater kecil mampu meneroka karya mereka dengan penuh filosofi dan maksud yang tersirat dan tersirat. jiwa mereka sarat dengan emosi dan rasa,  sangat besar dengan permaknaan lakonan yang jelas tetapi mereka jarang mendapat tempat. adakah suara karya  mereka terlalu bebas? adakah suara mereka menentang kerajaan? mereka mungkin mencari kebenaran. mari lah sama sama kita fikirkan sejenak dan berbicara mengikut kelogikal akal kita, walaupun aku sendiri tidak pasti, adakah diskusi tadi mencapai pendamaian? jumpa aku untuk next entry. sedikit kupasan dari aku. kat bawah ada picture yang sempat aku snap, banyak lagi..tap penuh lak wall aku ni..hahahah..











hahahahah..milik siapkah kaki ini...hahahahhaahh...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya