1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, January 22, 2013

TEATER RAJA LAWAK : 20 JAN 2013

Hari ahad 20 jan 2013, aku luangkan masa dengan incik suami pergi menonton teater Raja Lawak di Auditorium DBKL, jalan raja laut. dah lama aku tak masuk ke panggung yang banyak moment indah sewaktu aku belajar di ASK.hihi..ok ok, aku bukan nak mengimbas kembali kenangan lama ni, aku nak tulis sedikit review tentang teater raja lawak ni. 


Menariknya tentang persembahan ini ialah, skrip dan arahan di hasilkan oleh orang yang sama iaitu Zakaria Ariifin. secara peribadi, aku selalu mengikuti perkembangan penulisan beliau. setiap tulisan beliau mempunyai satu tema yang sentiasa mengangkat dan menyanjung melayu, perjuangan dan juga cinta yang menuntut pengorbananan. dalam teater raja lawak sendiri, beliau masih berpegang pada semangat dalam memperjuangkan kerjaya sebagai pelawak, walaupun pada era itu, masyarakat kurang dan semakin tidak memberi perhatian kepada lawak yang dipersembahkan oleh Osman Bombay.

Tema penceritaan yang sangat memberi satu sentimen yang menyayat hati pada aku sendiri sebagai seorang penonton, iaitu, apabila Julia, isteri kepada  Osman Bombay sudah tidak mempedulikan lagi suaminya.  lakonan Eliza Mustaffa dan Jalil Hamid sangat berkesan, kerana penyampaian dialognya penuh dengan permaknaan yang jelas. dari segi pembawakkan watak itu sendiri, seperti contoh watak juliah yang dibawa oleh Eliza Mustaffa sangat menjengkelkan aku kerana, perlakuannya yang sinis kepada suaminya. lenggok badannya memberi satu interpretasi yang jelas, bahawa dia masih muda bergetah, dan memerlukan orang yang setanding dengannya. itu menurut interpretasi aku ler. sebenarnya aku rindu untuk melihat otai otai ini berlakon di pentas teater. ternyata rindu ini sangat terubat dengan lakonan yang mantap dan penghayatan setiap pelakon pelakon memberi aku satu kepuasan. linking antara setiap pelakon memberi maksud yang berbeza dalam mengekspress kan emosi yang mereka ciptakan di atas pentas.

Setiap pelakuan atau aksi yang mereka lakonkan membuatkan satu panggung gamat. bagi aku, dialog dan cara penyampaian mereka sangat bertenaga, diksinya yang jelas tanpa perlu  pakai clip might pun, lontaran yang begitu tajam dan terus menangkap ke hati, ibaratnya hidup kita, tak selamanya kita sentiasa di atas, adakala kita perlu di bawah, merasai peritnya zaman kejatuhan, itulah Osman Bombay dengan roda kehidupannya.

Inilah pentas teater, inilah teater!! cukup sempurna sifatnya, tidak lebih dan tidak kurang. bagi aku, pengarah telah mengangkat naskah ini dengan cukup rempah ratusnya. pengarah telah memperlihatkan kesinambungan antara zaman kegemilangan rock dan zaman kejatuhan pelawak sangat seimbang dan aku sebagai penonton dapat 100 persen falsafah atau persaoalan yang di ketengahkan oleh pengarah dan penulis sendiri. Tahniah Zakaria Ariifin kerana mengembalikan zaman Raja lawak dan mengembalikan teater di mata generasi muda seperti aku.

bagi aku kejayaan sesuatu pementasan juga boleh di ukur dari segi keupayaan memujuk penonton supata tidak meninggalkan auditorium sebelum pementasan berakhir. begitu juga dengan penonton yang menonton Teater Raja Lawak ini, rata rata sangat khusuk dan terbuai dengan permainan pelakon yang tidak membosankan, setiap pengucapan mempunyai warna dan pengisian yang tepat.

Lakonan kumpulan Rock yang di barisi oleh pelajar pelajar ASWARA juga tidak menghampakan. ternyata mereka berjaya menghidupkan keriuhan dan suasana rockers itu, walaupun ada sedikit yang tidak enak dipandangan aku. kalau orang lain tak tau la kan. Tahniah untuk semua. 






No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya