1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, January 14, 2013

TEATER RAJA LAWAK arahan ZAKARIA ARIFFIN

SAYA TOLONG PROMOSI JE..JEMPUT YE KAWAN KAWAN, SAMA SAMA KITA MERIAHKAN PERSEMBAHAN NI. LETSSSSSS.





OSMAN BOMBAY – seorang bekas pelakon/pelawak bangsawan yang popular pada dekad 50-an masih mahu meneruskan “kerjaya” sebagai pelawak, walaupun sudah lanjut usianya dan sering sakit pula, pada dekad 90-an. Gaya lawaknya yang lebih berbentuk slapstick juga sebenarnya sudah tidak digemari oleh penonton.

Pada ketika muzik rock sedang digilai oleh anak-anak muda, “seni lawak” seperti yang dibawa oleh Osman Bombay tidak lagi mendapat tempat. Sebaliknya, lawak dalam bentuk

“stand-up comedy” seperti yang dibawa oleh pelawak popular, M.G. RAMLI semakin digemari penonton.

Osman Bombay tidak dapat menerima hakikat ini. Isteri Osman Bombay yang masih muda, JULIAH, cuba menyedarkan Osman tentang hal tersebut, tetapi ego pelawak itu tidak mudah untuk menerima nasihat Juliah. Dalam pada itu, seorang pelawak muda, HUSIN TAK BAI yang sangat meminati dan fanatik pada gaya lawak Osman Bombay, menjadikan Osman idolanya dan ingin menjadi pelawak seperti Osman Bombay. Dia sentiasa mengikuti persembahan Osman dan diterima oleh Osman sebagai protegenya.

Perhubungan rapat antara Juliah dengan M.G. Ramli menimbulkan cemburu Osman, menyebabkan berlaku konflik di antara mereka bertiga. Husin Tak Bai terperangkap antara konflik ini. Hasratnya untuk menjadi pelawak seperti Osman Bombay mungkin tidak akan tercapai.

Apakah yang terjadi seterusnya antara Osman Bombay, Juliah dan M.G. Ramli? Apakah pengakhiran yang berlaku terhadap diri Osman Bombay dalam kerjayanya sebagai pelawak? Saksikan Raja Lawak untuk mengetahui kesudahannya!

pelakon pelakon yang menjayakan Teater Raja Lawak

Jalil Hamid sebagai Osman Bombay atau Raja Lawak,
Abdul Rahim Muda atau Imuda (MG Ramli)
Rasdi Daud (jurujual)
Eliza Mustafa sebagai Juliah
Shahrizan Ahmad atau Abon menggantikan pelakon asal, Sabri Yunus  
Sharifah Mariam Syed Abdullah yang memainkan watak juruacara.


Tiket menyaksikan pementasan itu berharga RM20, RM30, RM40 dan RM50 yang boleh dibeli menerusi laman sesawang, www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-4147 8600.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya