1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, February 20, 2013

Amah ‘lambung’ dijel 20 tahun


Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
Kuantan: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap pembantu rumah warga Indonesia selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera anak lelaki majikannya yang berusia empat bulan Jumaat lalu.
Yuliana, 23, dari Aceh, Indonesia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan, bergenang air mata selepas Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman.
Dia yang memakai baju lokap ungu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada jam 7.45 pagi, 15 Februari lalu di rumah ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
YULIANA dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan selepas dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara.

Bagi pertuduhan kedua, Yuliana dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya Mohamed Hareez menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa pada tarikh, lokasi dan masa sama yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau atau kedua-duanya.

Petikan di atas aku copy dari my metro.
Apalah dosa anak sekecil itu??? Tak sanggup nak tengok tapi aku kuatkan hati jugak. sebak+ rasa nak pecah dada ni menahan marah pada amah tu. weiii amah, ko ingat budak tu bola ke yang ko nak campak campak camtu!!!! langsung takda perikemanusian ko ek. baru satu hari kerja ko dah buat perangai hantu ko tu. eiiii...walaupun budak tu bukan anak aku, tapi aku ada anak ok!!! aku tahu perasaan mak budak tu bila tengok anak dia kena lambung camtu. trauma dibuatnya.

Ya Allah, kau kuatkan la hati mak dan ayah budak kecil itu dan kau sembuhkan dan peliharakan anak kecil itu ya allah.

Apalah daya anak sekecil itu hendak meronta dan melawan, dia hanya menangis menahan kesakitan. menitis airmata aku melihat amah yang kejam tu, perlakukan anak kecil itu seperti bola. seperti tidak ada akal. aku dapat rasakan anak kecil itu menangis dan meraung kesakitan. cukuplah sekali aku tengok, tak dapat aku bayangkan keadaan anak kecil itu. moga dia sentiasa di rahmati allah hendaknya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya