1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, February 7, 2013

ANGIN MELANDA MINGGU NI

Salam untuk semua kengkawan semua.sedar tak sedar kita dah masuk minggu kedua bulan febuari, pantas sungguh masa berlalu, tup tup dah sambut raya cina dah..hihi, bukan aku yang sambut ler tapi meraikan kawan kawan yang berbangsa cina. kata satu malaysia kan. ok kengkawan, minggu ni agak semput sangat untuk aku, banyak perkara yang aku selesaikan sebelum cuti panjang raya cina ni. dengan kerja yang menimbun la, angin aku tak berapa nak elok sangat, asyik turun naik je. kalau tak kawal boleh tinggi darah aku minggu  ni.

Dengan kerja had hock kat opis, dengan kelas, dgn latihan malamnya, dengan macam macam penyakit yang singgah kat aku minggu ni, adusss...azab betul la. betul betul menguji saat kesabaran aku. antara angin angin yang melanda aku minggu ni adalah, angin pada sorang pelajar aku ni.hahah..meh aku nak citer..aku ni pengarah projek untuk karyawan muda, so banyak la menda yang aku perlu uruskan, satu hal yang buat aku angin ialah, salah sorang pelajar aku ni tarik diri dalam karyawan muda sebagai pengarah, tapi yang paling aku hangin ialah, dia tak datang jumpa aku untuk bagitau yang dia tak boleh buat. aku dapat berita ni pun dari kawan kawan dia. apa salahnya dia datang jumpa aku dan bagitau hal sebenar, takdalah aku hangin sangat. dalam last minit ni la aku kena cari pengganti, sb pada awalnya aku dah bagitau kat dekan, nanti tetiba dia dpt tahu, ada dua pengarah je, lagi dia hangin, angin dia tu boleh buat perut aku memulas je. then, dengan pantas kilat aku dapat lah orang yang akan menggantikan tempat pelajar td. pelajar yang aku pilih ni pun bukan atas sebab pilih kasih atau apa pun tapi atas sebab aku percaya akan kerja kerja dan kesungguhan yang dia buat, sebab itu dia terpilih, so yang lain janganlah ada timbul rasa dingin dan sakit hati yer. kalau korang rajin tolong fakulti adalah habuan yang korang dapat.

ok,dia tak perlu cari naskah, sb aku dah sediakan naskah untuk dia mengarah, dia hanya perlu cari pelakon dan team produksi saje, nak dijadikan angin aku singgah kat dia ni, dia datang lepak kat opis aku dengan naskah yang aku bagi kat dia lah, aku ni time tu tengah sibuk buat keje kat pc, dalam kepala ni macam macam kena fikir, si pelajar ni pulak, macam macam menda dia duk mengarut depan aku, itu ini, macam macam lah, tetiba hangin monsun barat daya datang laaaa, aku jerit kat dia, then baru dia diam. adusss..kang dah tekena, tapi aku tahu dia buat macam tu sebab dia releskan tekanan aku. aku tak simpan dalam hati pun, sebab aku sangat kenal dia ni, dia antara pelajar yang banyak memberi bakti pada fakulti dan seorang pelajar yang sangat hormatkan guru. maafkan saya, andainya hangin saya buat awak terasa yer. kadsng kadang ada masa kita tak boleh nak fikir dan nak buat semua perkra, tapi kerja saya menuntut saya harus flexible.

untuk pelajar itu, terima kasih sb sudi menggalas tanggunjawab dalam melaksanakan karyawan muda pada penghujung febuari ni. moga kejayaan sentiasa berpihak pada anda. 

angin aku minggu ni tak berapa nak stabil. terima kasih la sb memahami.hihihi.ok la korang.tak larat nak tulis panjang panjang. sb aku da telan posntan! AKU MC HARI NI!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya