1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, February 12, 2013

BALIK KAMPUNG PART 1

Salam bloggers semua, moga korang sentiasa dipayungi rahmat ilahi. dah berapa hari blog aku ni bersawang,hihi..maklumlah,cuti panjang..masa aku agak sibuk dgn family. korang pun sama kan. aku nak share cuti raya cina tahun ni. meh makcik nak bebel sikit.

jumaat 8 feb 2013 jalan raya kat kolumpo memang jem tahap gaban. semua org berpusu -pusu nak balik kampung, tak kirala cina ke, melayu ke, india ke, bangla ke..hahaha, eh bangla ada kampung ke. hihi, what ever la, yang penting semua ambil kesempatan cuti panjang ni untuk berkumpul dengan family tercinta. kejang aku dlm keta, incik suami memang plan nak balik kampung awal pagi, malas dia nak hadap jemmmmm. aku ok je. heyyyy..apa yang ok jaa weiiiii, satu hapa pun tak kemas lg!!!!! hahahah.relak seyja, tak yah nak gaduh gaduh ok. sampai umah nanti aku packing ler.

Sampai je rumah, dari hadap jem, mula la operasi packing, nasib baik si tenit tu dah tido, lau tak, sibuk je dia nak tolong hamburkan aku balik semua baju baju, konon konon dia yang kemas. incik suami plak lepas makan, aku suruh dia tido, sebab nanti dia nak drive jauh. aku plak tak lapar lgi. aku mau settlekan semua barang barang dan lepas tu kemas rumah ler. tak berapa nak suka la, tinggal rumah dalam keadaan yang tak berapa nak kemas. operasi di malam hari, aku letih takpa, sebab dlm keta aku membuta.hihihi.

Jam 1.30 pg sabtu, aku kejutkan incik suami, si tenit plak yg bangun. takpa, semua barang barang dah ready untuk di sumbat ke dalam keta. incik suami tgk barang yang aku packing, sekadar menggeleng kepala. hihihi. inilah puan isterimu sayang. kalau boleh semua nak angkut bawak balik.

Yehaaaaaaa..balik kampung!!!! seblum mulakan perjalanan yg jauh, incik suami singgah  mcd sbnya isterinya kelaparan. aku order prosperity ler..pedas tak henggat. abis melantk, bermula la perjalanan kami. jam 3 pagi sabtu kami gerak balik, jalan sungguh clear, seronot incik suami, si tenit plak sibuk dyk sembang ngn walidnye. aku plakkk zzzzzzzzzzz kat belakang. aahahaha. aku sedar dari tido dah jam 6.30 pagi, bangun je aku, hey, kita dah sampai terengganu ker????laju giler incik suami speed ni. caya la sayang. incik suami stop kt hentian r n r bukit besi, menyelesaikan apa yg patut. settle semua, kami gerak gerak khas,hihi.tak sabar nak brekpes kt umah mak ni. yehahuuu. tepat jam 7.30 pagi sampailah aku di teratak bonda dan ayahanda. alhamdulilah..bau nasi lemak mak lerrrrr.. ok semua, aku sambung next entry dgn gambar gambar yer..assalamualaikum..jumpa nanti. muahhh

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya