1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, February 16, 2013

HARI PERTAMA MENELAN METFORMIN

Salam hujung minggu untuk semua kengkawan. moga kehidupan korang sentiasa di rahmati allah hendaknya dan moga korang dalam kesihatan yang baik baik aje. kesihatan aku dua tiga hari ni tak berapa nak sihat sangat, tapi alhamdulilah aku masih lagi boleh meneruskan tugas tugas hakiki aku. doakan kesihatan aku ya kawan-kawan. aku nak share pengalaman pertama aku menelan ubat kencing manis ni. mungkin bagi yang dah makan metformin ni, mungkin biasa, tapi untuk aku yang first time makan, agak berlainan sikit antibodi badan aku.

pada aku, hari pertama aku telan metformin, badan aku lemah sangat, jantung aku dap dip dup, laju gile, lepas tu, aku rasa mual, perut rasa semacam jek. pening pun ada gak. doctor pun ada bagitau aku side effect bila first time telan metformin ni. adussss, tak larat rasanya. ya allah kuatkan aku untuk terima keadaan macam ni. jangan pernah bagi aku merungut tentang penyakit ini ya allah. sesungguhnya ujian ini mengajar aku untuk menjadi tabah.

aku harap, badan aku dapat menerima metformin dengan baik. moga dengan ubat ini dapat mengurangkan paras ketinggian gula dalam darah aku.aminn...setiap penyakit itu adalah satu hikmat dari allah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya