1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, February 20, 2013

KARYAWAN MUDA

SAYA MENJEMPUT SEMUA RAKAN RAKAN KE PEMENTASAN KARYAWAN MUDA PADA HUJUNG MINGGU INI PADA 22 - 24 FEB 2013, 8.30 MALAM, DI BLACK BOX, ASWARA. masuk DENGAN SUMBANGAN. MARI KITA SAMA SAMA MERIAHKAN HUJUNG MINGGU KITA  DENGAN AKTIVITI YANG SIHAT. 
karyawan muda adalah satu ekspresi pelajar dalam menterjemahkan naskah pilihan atau naskah tulisan sendiri dengan menyuntik idea idea yang segar dan isu yang di ketengahkan mampu memberi satu interpretasi yang baru kepada khalayak. selamat menonton






SINOPSIS NO SMOKING PLEASE!
Karya Lenny Erwan arahan shahmizan Idris

Kisah seorang bintang popular bernama Sherry Lily yang dipanggil untuk memimpin acara senamrobik terbesar, bertujuan mencipta rekod dalam Guinness Book of Records Malaysia dengan mengumpulkan peserta palingramai. Acara ini juga adalah satu kempen anti-rokok dengan Sherry Lily sebagai duta kesihatannya. Di satu sisi, Sherry Lily adalah seorang perokok yang aktif, tetapi tetap perlu menerima tawaran ini kerana ia memberikan pulangan lumayan kepadanya dalam bentuk kewangan. Di satu sisi yang lain, kehidupan sebenarnya di sebalik populariti seorang bintang tidaklah gah seperti mana yang selalu ditonjolkan oleh media. Hipokrasi dan kebenaran, kedua-duanya sangat diperlukan oleh seorang idola seperti Sherry Lily. Adakah dia mempermainkan masyarakat? Atau masyarakat memperbodohkannya? Atau ada pihak lain yang melaga-lagakan Sherry Lily dan peminatnya

 SINOPSIS TANDAS
KARYA DAN ARAHAN NAQUE ARIFFIN

Semua orang tahu apa itu tandas. Busuk, jijik, dan meloyakan tapi benarkah tandas yang busuk atau orang yang memasuki tandas itu sebenarnya yang busuk, jijik dan meloyaka. Tandas hanyalah sebuah metafora dunia yang menyorokkan kebenaran dan kepalsuan. Saya ulang tandas hanyalah METAFORA!
Isu yang cuba dibangkitkan dalam cerita ini adalah tentang isu semasa yang dimanipulasi oleh pemikiran luar sedar.


 SINOPSIS SIDANG PARA SETAN
Karya Joko Umbaran dan adaptasi oleh Aloeng Silalahi
Sebuah komedi satira yang mengisahkan sekumpulan syaitan mengadakan sebuah persidangan untuk membincangkan strategi dan perlaksanaan kerja-kerja dan tugas mereka di bumi Allah ini. Apa yang terjadi kemudiannya ialah gangguan-gangguan dan huru hara yang disebabkan oleh sikap para setan itu sendiri yang telah banyak oleh sikap para manusia di muka.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya