1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, February 8, 2013

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA



Ketika kita lapar…tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus…tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis…tangan ibu yang mengesat airmata,
Ketika kita gembira…tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk…tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi…tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah…tangan ibu yang membelai duka sambil berkata "Sabar nak, Sabar ye sayang."

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit…di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad…
Ketika jenazah ibu nak dimandikan…
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib…
Sentuhan ibu, sentuhan kasih…
Boleh membawa ke Syurga Firdausi…
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi…

suara hati: salam jumaat untuk mak..moga kesihatan mak sentiasa berpanjangan dan moga mak sentiasa dipayungi rahmat ilahi. ampunkan dosa saya mak, halalkan air susu mak yang mengalir dibadan saya. sesungguhnya jasa dan kasih mak tak mampu saya nilaikan. hanya kasih dan cinta yang mampu saya pertaruhkan. mak..saya amat mencintai mak....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya