1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, February 6, 2013

KHAZANAH ILMU




Ini antara harta aku yang sangat bernilai, bahan bahan untuk rujukan aku dan juga untuk pelajar pelajar aku. aku memang suka beli buku, sekali aku beli bukannya satu dua, banyak..hahahah, walaupun masih ada yang belum sempat aku khatamkan. tak rugi pun beli buku ni. sebab dia akan temani aku sepanjang usia aku dan juga menjadi guru aku. 

Membaca itu adalah jambatan ilmu. betul kan, dengan membaca, kita akan dapat menambah pengetahuan tentang sesuatu perkara yang tidak pernah kita ketahui. bagi aku, setiap hari aku akan displinkan diri aku dengan membaca bahan bahan ilmiah ataupun jurnal, artikel, al-quran setiap hari samada kat opis atau pun di rumah, walaupun aku tak ambil masa yang lama, tapi cukup sekadar aku menajamkan lagi pemikiran aku dan menambahkan ilmu yang terbentang luas untuk kongsikan dengan pelajar pelajar aku.

Menambah koleksi buku adalah satu hobi aku. walaupun satu bulan tu belum tentu aku dapat habiskan 5 biji buku. janji setiap hari aku membelek.hahahahaha..satu perkataan itu juga ilmu. itu kata DR.HM TUAH ISKANDAR. 

MARILAH KITA MEMBACA SUPAYA HATI KITA SENTIASA TERISI DENGAN ILMU.  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya