1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, March 1, 2013

KONSERT NUSANTARA


Konsert Nusantara dan Majlis Pelancaran Yayasan Ikatan Rakyat 
Malaysia-Indonesia (YIRMI) akan diadakan pada 7 Mac 2013 (Hari Khamis), jam 8.00 malam 
di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.  Konsert Nusantara akan berlangsung 
selama tiga (3) hari, mulai 7 hingga 9 Mac 2013 melibatkan Persembahan Kebudayaan 
Indonesia dan Malaysia. Persembahan tarian dan lagu-lagu rakyat popular dari Indonesia 
melibatkan suku bangsa Bugis, Batak, Mandailing, Boyan dan Minangkabau.  Artis popular 
Indonesia dan Malaysia yang mengambil bahagian terdiri daripada Rossa, Dato’ Siti 
Nurhaliza, Endang S. Taurina, Elly Kassim, Dato’ M. Nasir, Ziana Zain, Hafiz, Black 
dan Stacy.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya