1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, February 15, 2013

METFORMIN dan AKU

Bermula malam tadi ubat ini akan jadi sahabat karib aku, uwaaaaaaaaaaa..yang ditakdirkan aku kena makan ubat ni akhirnya, last nite la punya cerita. aku tak tahan menahan kegatalan yang amat sangat kat tempat bisul aku tempoh hari. Dengan arahan incik suami, dia antar aku ke klinik malam tadi. tak larat tengok aku menahan kegatalan kot.

Masuk bilik doctor selalu buat aku seram sejuk, orang banyak penyakit memang cam ni!! check punya check..doctor membebel bebel, ak dengar je, pastu dia nak check blood aku, aissshh..lemah tul la aku, tapi aku rasa blood sugar aku tak tinggi sangat kot..cepat tul mesin darah ni berjalan, nahhh..sekali 20.8!!!!!!!!!!!!! tinggi gile, mula la doc mula kan khutbahnye. tahan telinga je la jaa. abis bebelan, doc WAJIBKAN AKU MAKAN UBAT KENCING MANIS METFORMIN!!!! adussss, ini yang aku elak, ini jugak yang aku kena makan. takpalah, apa nak buat. baik makan ubat daripada aku sakit kemudian hari. malas la aku nak bebel banyak banyak dah..Ya Allah..aku terima ujianmu ini dengan redha..insyallah.

petikan dari sumber 

Metformin juga mengurangkan jumlah insulin dalam tubuh anda. Anda mungkin kehilangan beberapa kilogram selepas anda mula mengambil metformin. Kehilangan berat badan ini turut dapat membantu anda mengawal paras glukosa darah anda. Walau bagaimanapun, Metformin juga boleh meningkatkan kadar kandungan lemak atau kolesterol dalam darah, khasnya jika anda mempunyai kencing manis jenis 2.

Pesakit kencing manis biasanya dinasihat supaya mengambil Metformin dua hingga tiga kali setiap hari bersama makanan. Doktor anda akan memberitahu apa makanan yang patut makan semasa pengambilan ubat ini.

Kesan Sampingan
Bagi mereka yang meminum alcohol, Metformin boleh membawa kesakitan jika anda meminum lebih daripada dua minuman beralkohol dalam satu minggu. Jika anda minum lebih dari itu, anda perlu memberitahu doktor anda. Anda mungkin tidak harus mengambil ubat ini.
Jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, sisa metformin mungkin akan terkumpul di dalam tubuh anda. Pastikan doctor anda tahu bahawa buah pinggang anda berfungsi dengan baik sebelum beliau membuat preskripsi ubat kencing manis ini kepada anda.
Jika anda rasa cirri-birit, muntah-muntah, dan tidak dapat minum air yang mencukupi, anda mungkin perlu menghentikan pengambilan ubat ini selama beberapa hari untuk elakkan pengdehidratan.

Terdapat juga kes-kes di mana orang yang mengubat ini menjadi lemah, lelah, pening kepala dan sukar bernafas. Jika anda mengalami gejala-gejala tersebut selepas pengambilan Metformin, sila hubungi doktor anda atau mendapatkan perhatian perubatan segera.
Anda mungkin mengalami muntah-muntah, hilang selesa makan dan masalah perut yang lain pada peringkat awal pengambilan metformin. Simptom tersebut biasanya akan hilang selepas beberapa hari, tetapi anda masih perlu menyemak dengan doktor anda jika anda mengalami gejala ini.
Selepas mula pengambilan ubat ini, anda mungkin rasa logam di mulut anda.
Jika anda perlu menjalani sebarang pembedahan, anda perlu bagitahu kepada doktor bedah anda bahawa anda sedang mengambil ubat kencing manis jenis metformin. Anda akan diberitahu untuk berhenti mengambil ubat ini pada hari pembedahan.
Jika anda perlu menjalani sebarang ujian perubatan yang menggunakan pewarna, beritahu doktor bahawa anda mengambil metformin. Anda mungkin akan diminta untuk berhenti mengambil metformin pada hari uji dan tidak boleh makan sebarang ubat kencing manis selama 48 jam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya