1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Sunday, February 24, 2013

PEMERGIAN SEORANG TEMAN


Salam hujung pada semua kengkawan, moga kehidupan kita senantiasa dirahmati allah hendaknya. amin. hujung minggu aku minggu ni sangat sibuk dengan pementasan karyawan muda dan juga menolong incik suami set up opis barunya. sampai semput jugak di buatnya. 

Dalam kesibukkan aku semalam, aku dapat call dari bff aku, mazlina. perkhabaran yang aku terima mengejutkan aku, teman kami sewaktu di sekolah menengah dulu, baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.30 ptg, 23 feb 2013. kata bff, arwah wanis dapat serangan jantung sewaktu sedang asyik melayan anak anaknya. ya allah..sangat kesian bila dengar cite bff. kata bff lagi, sebelum ni pun dia sememangnya ada penyakit dan baru saje lepas operation dan sudah kembali sihat. tapi ajal dan maut itu semua urusan allah. dia lebih tahu. 

Balik dari opis jam 12.00mlam, aku dan ahli divas bff chatting kat fb. cerita tentang arwah wanis yang pergi meninggalkan anak anak yang masih kecil. aku sempat jumpa dengan dia masa reunion 2011. tak sangka itu adalah reunion terakhirnya. arwah wanis seorang yang mudah di dekati dan sangat efisyen dalam melaksanakan bab reunion ni. kami akan merindui saat itu. moga Allah permudahkan segalanya untuk arwah sebagaimana arwah waktu hidupnya sentiasa memudahkan kawan kawan. moga tenang di sana wahai teman..al-fatihah.

salam takziah dari aku untuk keluarga wanis. moga suami dan anak anak sentiasa tabah dan redha dalam menghadapi saat yang paling getir ini. dariNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali. al-fatihah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya