1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, February 6, 2013

SEPAGI WIF BFF @ TAMAN ASIA JAYA

Pagi pagi hari si tenit ni kejutkan aku...aduss,ingatkan lepas subuh mau baring baring and terbongkang sambil nonton tv, maklumlah hari minggu..nak ler rehat sepuasnya. tapi tidak untuk tenit ni. pagi ahad tu tenit ajak kami gi taman, hati aku ni kan lembut kalau ngan tenit ni. si walid ni pun sama, ajak aku gi taman, jogging ler katanya..hahahha, kat rumah kan ada tempat jogging,hahahahhah. 

aku kalah!! 2 vs 1..memang la menang dorang. dalam perjalanan nak ke taman, aku suh incik suami beli nasi dagang meletup kat kampung pandan.haha..hey, mau jogging ke mau makan ni. aku jawab, saya mau berkelah di taman. tanpa banyak cekadak, incik suami kone stereng ke kg pandan. on the way tu tetiba si tenit ni duk sebut aunt ina. aku pun call bff aku. sore dia pun baru bangun tido, tapi bila si tenit ckp je, laju je dia jawab. unplan pun, aku ajak dia join kami berpicnic di pagi minggu. first plan nak gi lake garder or tasik perdana ler, tapi memandangkan kt lake garden ari tu ada charity larian, apa ntah, kami tukar destinasi. kami ke taman asia jaya. ikut aku kat mana pun tak kisah, tapi si tenit tu nak gak gi taman. bawak je lah. tak rugi pun hiburkan hari dia.


 wah..memang terrer la si tenit ni climb..insyallah, pertengahan tahun aku nak hantar dia ke pusat climb kat shah alam. hujung minggu je. biar tenit ni belajar macam macam..bukannya apa untuk membina keyakinan diri dia jugak.
 tenit memang suka clim, kalau pegi playground ini lah yang selalu dia akan naik beberapa kali. aku cuma kawal dia dari bawah je. go go go yaya.!!!
 bukan saje yang kecik seronok naik buaian, yang besar tu lagi la..hahahahahaha..ayoooo, tenit wat apa tu, feeling jadi princess ke!!!!!!!!!

 aunt ina dah kepenatan layan si tenit yang sangat aktif ni. 
 sungguh jelas kemesraan mereka. aku bahagia sangat melihat mereka tersenyum. ada sesuatu yang unik antara mereka. tenit..satu hari nanti kamu akan tahu masa lampau kami yang sangat manis dan indah
 suka dia..apa citer ni, gedik la tenit ni, nampak peyut yang bulat dan demok tu..

dah berani meniti titian yang berayun dah...lasak betul anak mummy ni.bagus sayang, cubalah sebanyak mana pengalaman yang ada di depan kamu sayang, ia juga satu pelajaran untuk kamu...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya