1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, February 14, 2013

TIKUS KEGEMBIRAAN!!!

sAlam untuk semua readers yang aku sayang, moga kehidupan kita hari ini menjadi lebih baik dari semalam. aku pasti masih ramai antara korang, masih dalam mood bercuti panjang. ada yang dah mula memulakan tugas tu, keje la rajin rajin.hahahaha. macam aku ni. kunun la..FYI aku dah mulakan tugas aku dah pun, tapi oleh kerana minggu ni cuti pertengahan semester, tak da la bz sangat, cuma kemaskini kan nota dan buat preparation soalan exam je ler. bila student dah masuk semula, maka bermula kebizian aku. 

Mesti korang tertanya kenapa pic tikus sedang berjoget tu menjadi penghias entry aku kali ni. hahahah.takda pun seyja je. aku saje nak tunjuk kan kegembiraan tikus tikus bila kucing takda, maka senang lenang la kehidupan mereka kan. sebab kalau  kucing ada, tikus tikus ni tak berani pun nak bergerak kesana kemari, hanya menghabiskan sisa sisa masa mereka dalam kandang masing masing jek. tikus tikus ni sangat ler takut dengan kucing ni, maklumlah kucing ni boleh membaham mereka bila bila masa saje, apatah lagi kalau kucing ni sedang kelaparan. Maka tikus tikus ini akan selalu berhati hati dengan tingkah laku dan perbuatan mereka.

Seronok sungguh tikus tikus ni bila kucing sangat sibuk sibuk menguruskan hal dunia. apa apa pun tikus tikus ni sangat patuh dengan arahan dan sangat sayangkan kucing. 

Senakal mana pun seekor tikus ni, dia tetap menghormati kucing yang selalu memburunya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya