1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, March 12, 2013

adaKAH BELAJAR ITU BEBAN?????

Tertarik untuk menulis tajuk ini, dan juga untuk berkongsi tentang sesuatu. mungkin bagi yang baca dan dengar mungkin akan kata aku ni terlalu sensitif. terpulang pada korang semua. itu mungkin interpretasi anda kan. actually, aku dah banyak kali terbaca mengenai status tentang penjadualan kelas, kerja buruh pun tak seteruk belajar, dan macam macam lagi bunyi status status mereka. timbul juga perasaan geram dalam hati, tapi cakap..'wahai hati, bersabarlah, kerana tugas mendidik itu sangat la mulia'. aku hanya berlalu aje bila terpandang status status yang bertebaran di laman sosial. aku diamkan saja. 

Aku tak berkongsi dengan sesiapa, hanya masuk bilik dan merenung ke dinding bilik pejabatku. apa silap nye dalam penjadualan yang aku buat. adakah beban bagi mereka??? kalau nak dibandingkan jadual sekarang dengan jadual aku masa aku belajar kat ASK 1999-2003 lagi pack, hinggakan nak balik jenguk family kat kampung pun takda masa. tapi takda pulak aku nak merungut macam ni. dulu lagi tak ramai student, so semua production kami yang beberapa kerat inilah sama-sama bekerja dalam satu kumpulan. kelas dari pagi sampai petang, malam sambung latihan, sampai rumah dah lewat malam, tapi masih boleh bangun seperti biasa. ahhhh..jaa, jangan samakan mereka dengan kau. kau datang dari kampung, mereka semua dari bandar, mereka semua anak moden. tak sama jaa. jangan sesekali samakan mereka. mereka punya ideologi dan pemikiran yang tersendiri tentang apa yang mereka lihat, kerana kuasa menilai itu ditangan mereka. mereka lantang bersuara, kerana itu hak mereka katanya. teruskan suaramu anak muda, jangan sampai tergelincir sebelum tiba waktunya.

adakah aku terlalu sensitif?? tapi hati aku tercuit kerana bagi mereka subjek itu adalah satu beban. bagaimana dengan aku dan kawan kawan yang mengharungi diploma selama 4 tahun.  ada juga jiwa yang memberontak tapi bukan dengan cara bertempik sana, bertempik sini. aku dulu pun macam mereka mereka sekarang, tapi tak pernah terkeluar yang subjek itu membebankan dan juga keringat mereka bagaikan buruh kasar. sungguh dasar pemikiran mereka. aku hanya menjalankan tugas dan menyelesaikan tugas. yang selebihnya biarlah orang lain saja yang menilai.

bila bercakap gedabuk gedabuk pun tak guna. daripada tak tau nak cakap apa, diam saja lah kan. maafkan saya andainya entry ini menghiris hati. salam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya