1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, March 18, 2013

BERSIKAP POSITIF

RENUNGAN SEJENAK
Firman Allah yang bermaksud :
" dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu ( urusan peperangan dan duniawi/pekerjaan yang lain) dan apabila engkau berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH" ( al-quran, al-imran, 3-159)
sedang urusan mereka dimesyuaratkan antara mereka..(al-quran, al-syura, 42;38)

  1. Bebaskan penguasaan fikiran. Apabila anda membuka minda bermakna anda telah membebaskan diri anda daripada terus membiarkan fikiran anda daripada pengawalan sepenuhnya. dengan cara ini ia membenarkan diri anda untuk menerima idea baru dan mungkin juga mencabar pegangan dan keyakinan anda selama ini.
  2. Alami perubahan. Membuka minda anda kepada idea baru dapat membuka ruang kepada anda untuk mengubah cara berfikir dan perspektif anda bagaimana anda melihat dunia, pun begitu, tidak pula bermakna anda perlu mengubah dengan apa yang anda percaya. berfikir dengan fikiran yang terbuka akan menghasilkan perubahan yang positif dan keputusan yang terbaik.
  3. Fikiran terbuka dan akui kekurangan. Perkara yang paling ditakuti apabila bersifat terbuka adalah ia akan memperlihatkan kekurangan atau kelemahan diri. positiflah kerana ia juga boleh kelihatan membimbangkan dan mungkin mengujakan.
  4. Berlaku jujur. Membuka minda juga bermakna anda berusaha untuk berlaku jujur bahawa anda tidak semestinta serba tahu dan pandai dalam setiap hal.

SUARA HATI: walau apa pun halangan dan cabaran yang mendatangi kita, berfikirlah dengan positif dan tenang, insyallah..hasilnya akan kita nikmati.

sumber dari majalah nur.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya