1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, March 15, 2013

DINNER @BUBUR KAMPUNG BARU

Inilah dinner tanpa di rancang. ini semua http://musicakustiqa.blogspot.com/@ bedah gebu yang punya kerija.hahaha. turun dari bbx aku call incik suami,mintak incik suami ambik aku kat opis. bedah gebu ni pulak sibuk nak amek zara kat rumah yuyun. aku pun call la balik incik suami, then mintak dia tunggu kat kampung  baru. alang alang amek zara, kita dinner kat kampung terus lah, kata bedah gebu ni. idea yang menarik. bab makan, aku sangat enjoy, tak hengat langsung penyakit yang ada. alasan yang malas nak dengar. UBAT ADA!!!! kau tak takdakan.hihihi. aku pun ajak ler sekali  http://qareirababy.blogspot.com/@ intan and azie. semuanya setujuuuuuuuuuuuuuu aje bab mengadap makanan. kebetulan malam ni aku takda training kerongsang puziah, so apa lagi letssssss.

 menu kami..sungguh sihat kan...korang pun pernah makan bubur kampung baru ni kan.. pegilah jengah dan makan sekali ler.

 azie dan bedah gebu.hahahaha.heaven sungguh kan. makan dik..selagi allah berikan rezeki kat kita ni. syukur alhamdulilah.
 yeashhhhhh..ini dia budak tenit kesayangan mummy dan walid. peberet ler dia ni. makan anak..jangan memilih ye..ramai lagi yang susah tak dapat makan. jangan membazir, tak abis gak semangkuk bubur, kenyang dah kot makan kat rumah yuyun.


incik suami sibuk dengan gadget dia. jawab mesej client ler tu, client takpa yang, jangan orang dah ler..hihihi.

lepas selesai melantak semua lauk pauk, kami beransur ler dulu. tapi ada kejadian pulak sebelum balik. si eira bestie zara, ajak pulak zara tidur kat rumah. si papa eira ni siap bukak pintu kereta lagi, apa lagi, terus melompat la zara masuk keta. aduyai. puas di pujuk akhirnya berjaya jugak, tapiiiiiiiiiiiiii..menangis pulak eira sebba taknak bagi zara balik. eira..kalau lah alma takda, mummy kasi je, zara pegi, tap gak, menangis mama eira nak layan tiga tenit kat rumah tu nanti.hhaah..tunggu uols besar sikit, mummy bagi ok.

aku ingatkan dah ok, keluar kereta eira, zara ikut pulak si bedah gebu dngan azie ni, dorang ni umpan anak aku dengan alasan, nak pegi taman, hamsuang la.hahaha..zara pulak terus paut tangan bedah gebu. aku nak kata apa. bedah gebu ni balik aswara balik sebab nak hantar makanan kat dekan. aku pun ikut lah sekali balik, tapi keta lain lain ler kan.

sampai kat opis, zara asyik berkepit aje dengan bedah gebu. dalam hati aku ni, kata, konpem nangis nanti nak ikut kak iti dia ni. ramalan ku sungguh benar belaka. taktik azie nak umpan dia naik keta tak menjadi. dia suruh azie yang masuk dulu dalam keta. hahaha, bantai gelak je kami. last last dia nak naik keta kak iti dia gak. bedah gebu ni pulak, nak bawak dia pegi ronda kat padang merbok sana, dengan harapan zara akan ok. hahaha... aku ngn incik suami follow je dorang. habis satu pusingan, walid turun nak amek zara, uisssshhh.. menangis zara taknak ikut kami balik, aduhai sedih pulak aku tengok. anak..tak boleh sayang, kak iti ngn kak azie work, nanti esok kak iti bawak zara jenjalan, pujuk aku. tak ok jugak! makin kuat dia meraung. taknak panjangkan cerita, walid terus amek dia dalam keadaan meronta ronta tu. masuk dalam kereta teresak esak. kesian anak mummy ni.  zara ni jenis, cepat mesra dan rapat dengan orang, kalau dah rapat mula lah dia nak ikut. maklumlah dorang dorang ni suka melayan dia. aduhai zara..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya