1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, March 18, 2013

DISLEKSIA

Menonton filem "Taare Zameen Par'" Lakonan Aamir Khan dan pelakon kanak-kanak, amat menyentuh hati kecil aku. kesukaran mengenal huruf dan membaca membuatkan dia di pinggirkan oleh ibu-bapanya dan juga masyarakat sekeliling yang langsung tidak cuba untuk mengerti situasi yang berlaku pada kanak-kanak itu. hati kecil aku berdesus halus, adakah aku mampu menghadapinya, andainya ini yang terjadi?? ya allah, berilah kekuatan pada hambamu ini ya Allah. pada entry sebelum ini pun, aku ada bercerita tentang zara dan disleksia. doctor tidak mengenalpasti samada zara disleksia kerana dia belum dapat menulis dengan baik lagi. menurut doctor sheila, setiap perkembangan kanak-kanak berbeza. pada peringkat zara 3 tahun, doctor tidak menjustifikasikan sebarang keputusan, kerana melihat pada perkembangan zara yang dapat capture figure dan image dengan baik. moga-moga  ada benarnya kata doctor sheila. 

Semakin hari, aku dapat melihat proses zara menerima setiap apa yang dia lihat dengan cepat, bila aku menyanyi (evendo, suara aku tak sedap..hahah) sambil membaca, zara cepat capture dan dia akan ikut. zara suka pada tempo dan bit. aku perhatikan masa zara kat GA, bila teacher nyanyi untuk kenalkan huruf, zara akan ikut sambil buat gaya lagi, tetapi apabila aku duduk untuk ajar dia ABC dengan gunakan flash card, dia susah nak bagi perhatian yang lama. paling lama pun 1 minit. 

Since aku tau, zara mengalami simptom macam ni, walaupun tidak ketara, aku terus google untuk dapatkan maklumat tentang disleksia, itupun atas saranan doctor agar aku tidak cepat panik.  perkara pertama yang zara dapat ialah, mengira. dia suka mengira, bila naik tangga dia akan counting sampai 10. sekarang ni pun, kalau naik kereta, dia akan suruh aku kira dan dia akan main sorok-sorok dengan aku. apa yang aku nampak, dia suka pada angka!! kecenderungan dia menterbalikkan perkataan yang merisaukan aku. hihihi. mummy panik la zara, walaupun doctor kata, masih diperingkat awal lagi. bila dapat mengenal pasti dari awal, apa yang perlu mummy dan walid lakukakan adalah;

  • bantu anak untuk memahami bahawa dia mungkin berbeza dalam banyak hal, dia tetap disayangi.
  • sentiasa sabar melayan karenah dia yang biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. sentiasa ada untuk dia.
  • sentiasa puji dia apabila dia lakukan sesuatu perkara dengan betul. sentiasa berikan dia pelukkan kasih sayang agar dia sentiasa dihargai.
  • jangan tinggikan suara pada dia di hadapan kawan-kawan atau orang ramai. kalau dia silap, peluk dan tegurlah dia dengan penuh kasih.
zara..mungkin mummy ni terlalu risau dan panik, tapi mummy perlu tau ciri-ciri dan simptom itu sayang.  mummy tak akan risau tapi mummy akan cuba memberi yang terbaik untuk zara. sesungguhnya zara anak yang bijak untuk mummy. a few thing yang selalu perasan pada zara, sifat ingin tahu yang sangat tinggi, zara sangat suka dan minat pada sesuatu yang baru dan suka tanya banyak soalan, selagi zara tak puas hati, selagi tu lah zara akan tanya mummy kan. itu adalah ciri-ciri yang mummy baca.    mungkin ada a few budak akan ada sifat macam tu, kata doctor la. aku ni hanya mendengar supaya aku tahu simptom dan ciri-ciri disleksia. aduhai anak, kamu adalah anugerah yang bernilai untuk mummy dan walid. 

nanti aku story lagi pasal perkembangan zara.



2 comments:

  1. Sy pegawai d bhgn pend.khas KPM.rasa nyer awk leh share sal ank dgn sy

    ReplyDelete
  2. tq..ya..saya perlukn pandangn daari awak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya