1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, March 14, 2013

HARGA SEKEPING KEROPOK


SALAM petang khamis untuk semua readers yang aku sayang. muahhhh. sekejap betul masa berlalu kan. tutp tup dah nak penghujung minggu. ok uols. aku nak sharing satu perihal pasal keropok keping ni, sama macam gambar di atas. ini lah keropok kering sebelum digoreng. kegunaan keropok ni pelbagai, boleh makan dengan pelbagai jenis nasi, jenis mee dan makan keropok sambil menonton tv, konpem habis setabung. hahahaha. aku bukan nak sharing pasal kepelbagaian keropok ni, tapi aku nak share pasal harga sekeping keropok!! harga bukan sahaja nilainya pada wang, tapi nilainya terletak, bagaimana kita menghargai keropok itu sendiri. bukan saja keropok, boleh jadi pada barang yang lain. tapi pendekatan aku ialah keropok kering yang bagi mereka mungkin tiada nilainya. bagi aku sangat bermakna.

al-kisahnya..keropok ni buahtangan dari terengganu untuk kawan kawan. bila aku balik kampung, aku akan belikan buahtangan, sekadar memberi dan sama sama menikmati rasa dan rezeki. bermulanya cerita, aku bagi sipolan ni keropok, masa tu dia ada kat depan bilik opis aku, sedang baca paper. aku masuk bilik, dan aku nampak dia blah camtu je dengan tangan kosong. hmmm..abaikan saja..aku ada meeting pengurusan. jam dah kul 5.30 ptg meeting baru habis, jem rasanya otak.hahaha. bukak saje pintu opis, aku nampak satu tray keropok kering yang sudah di masak, terdedah macam tu saja. keropok yang aku bagi pada polan dan dia tinggalkan atas meja dan aku balik, keropok itu telah digoreng dan terdedah tanpa ada manusia yang mengadap. aku tau, keropok itu murah dan bukannya hasil pengeluaran  dari TEMPAT MAHAL YANG SELALU JADI RUMAH KEDUA UOLSS. keropok ni hasilnya dari tangan bini dan anak nelayan yang rutinnya menguli ikan..bau badan dorang pun, bau hanyir ikan. bau korang wangi...bau mereka hanyir..tapi behaviour mereka lagi tinggi dari uolss. tingginya nilai sekeping keropok bagi aku, kerana keringat nelayan yang mempertaruhkan nyawa di laut demi sesuap nasi. sekian terima kasih. jaa..sentiasalah menghargai mereka yang ada disekeliling kamu. insyallah suara hati..aku di ajar oleh seorang ayah supaya sentiasa berkongsi rezeki dan menghargai pemberian walaupun apa jua bentuk. aminn.

Rakit berayun sopan
Di iringi perahu papan
Dengan nahkoda berpakaian hitam
Membela laut menuju harapan

Hujan dan panas menjadi teman yang setia
Gelombang dan angin menjadi hiburan
Demi harapan yang bertumpuk
Mendapatkan ikan dan udang
Demi anak isteri yang menanti


Nelayan....
Menjalani kerja dengan ikhlas
Membantu para marhain mengisi perut
Tak pernah memberontak dan protes
Dengan nasib yang tak kunjung baik
Di sertai hidup yang pasang surut.

sumber puisi dipetik kumpulan nelayan

2 comments:

  1. hi salam perkenalan

    btul2 amat sedh lau pemberian kita tk dihrgai kan...

    jom ke blog saya juga

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan yatd..kan..evendo barang tu kecik atau besar

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya