1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Sunday, March 3, 2013

MALAM KARYAWAN MUDA 2013

NO SMOKING PLEASE!! KARYA LENNY ERWAN
ARAHAN
SHAHMIZAN IDRIS









 Karya no smoking please karya arahan lenny erwan pernah di pentaskan pada tahun 2004 sempena malam satu drama anjuran Mekar Budaya Production. Karyawan Muda 2013 sekali membuka tirai produksi fakulti teater pada tahun 2013. naskah ini dipilih dan juga di arahkan oleh shahmizan idris, pelajar diploma tahun 3. 

Pementasan ini berlangsung dalam durasi hampir satu jam. aku tak dapat nak memberi komentar yang jelas dan terperinci sebab aku pun berlakon dalam pementasan ni.hihi. tapi aku akan komen jugak, walaupun sedikit. Secara keseluruhan pementasan ini, kurang memberi satu interprentasi yang jelas mengenai teks no smoking please itu sendiri, kurang permaknaan pada mesej yang hendak di sampaikan oleh penulis, maksudnya, tidak memberi penekanan pada plot cerita dalam naskah. ini kerana, peristiwa peristiwa penting dalam naskah, seperti contoh, kesengsaraan Sherry Lily dalam mengharungi zaman kesusahannya sebelum dia menjadi seorang artis terkenal tidak diangkat dengan sempurna. namun begitu, terdapat juga adegan adegan yang berupaya menyerlahkan pementasan ini. 

selain daripada itu, keluar masuk pelakon hampir sama pada setiap adegan, dan ini menampakka sedikit kelemahan dari penyambungan cerita, ia berlaku seperti fragmen. Namun begitu ia dapat di sembunyikan dengan mood dan emosi yang dibawa oleh pelakon-pelakon. Pengarah juga perlu menitikberatkan adaegan senamrobik kerana itu adalah satu pola lantai yang perlu dibentuk atau di kareografkan dengan baik supaya acara itu kelihatan sangat bertenaga, bukan sahaja pada pelakon yang menjayakan adegan itu tetapi pada pergerakkan dan juga posisi ruang yang perlu difikirkan oleh pengarah. tidak aku nafikan, pementasan ini juga satu percubaan untuk shahmizan dalam mengeksplorasikan setiap plot dalam naskah ini. aku harap shahmizan lebih peka pada isu yang hendak diangkat dalam naskah yang akan datang. semoga berjaya.


TANDAS
KARYA DAN ARAHAN NAQUE ARIFFIN







 Naskah tandas, idea, karya asli dan di arahkan oleh Naque ariffin, pelajar Ijazah sarjana muda, fakulti teater. aku tak sempat melihat naskah itu ditulis dan tak sempat untuk melihat latihan. pada mulanya aku sangat risau tentang tandas ini, kerana mendengar khabar akhir dari pelakon pelakon yang terlibat dalam naskah ini, tentang propaganda yang tercatat dalam naskah. tapi aku yakin, naque masih bertitik tolakkan pada apa yang telah diberitahu.

Apabila tandas, membuka tirai karyawan muda pada malam kedua, ruang pentas yang lapang dengan hanya menggunakan teknik pencahayaan, mengisi pemikiran aku dan imaginasi aku melalui interpretasi pelakon pelakon dalam gaya mereka sendiri. Apa yang aku dapat ungkaikan dalam pementasan ini, ada jiwa anak muda yang inginkan suara mereka kedengaran, aku dengar suara anak muda yang inginkan kebebasan, dan juga suara yang ingin menuntut keadilan. pemberontakkan secara halus memberi satu kesan dalam pementasan tandas. ia tidak berlaku secara langsung, tetapi ia dilahirkan oleh pengarah secara kreatif. aku selalu melihat persembahan naque ariffin sebelum ini. terdapat beberapa kelemahan dalam pementasan ini, iaitu dari segi pembentukan kisah-kisah yang terdapat dalam karya tandas tidak digarap dengan baik. kelihatan seperti ada pergantungan pada setiap cerita, namun begitu isu yang hendak di lontarkan padan khalayak sangat jelas dan difahami. 

Naque seorang pengarah yang berani dan yakin terhadap pendiriannya dalam mengutarakan beberapa masalah yang sering berlaku dalam kehidupan seharian iaitu, masalah rasuah, sosial remaja dan juga ketidakadilan dalam sesbuah organasasi. ini sebenarnya tidak menyinggung mana-mana pihak, bagi aku ia adalah sebuah fakta yang cuba di cungkil oleh pengarah, tetapi apa yang perlu pengarah perlu lakukan adalah, kesinambungan mencipta elemen dramtik dalam pementasan itu yang akan membentuk satu permainan yang menarik. 



SIDANG PARA SETAN
ARAHAN
ALOENG SILALAHI









Naskah sidang para setan arahan aloeng silalahi, pelajar Ijazah tahun dua fakulti teater melabuhkan tirai Karyawan Muda 2013. Naskah dari Indonesia dan di adaptasi dengan cukup baik oleh pengarah. Pemahaman pengarah tentang naskah ini sangat jelas kerana pelakon-pelakon dapat menjelaskan isu dan pengisian naskah melalui lakonan yang bersahaja tetapi dapat menyampaikan dialog-dialog yang berunsurkan sindiran dengan kefahaman mereka yang tersendiri. Pengarah dapat membentuk satu konsep yang menghubungan tema dan isu, ini menjadi lebih berkesan apabila alienasi brecht tercapai dengan berkesan. penonton dapat kenal pasti dengan isu yang diketengahkan, tetapi penonton tidak ditenggelami oleh perasaan dan isu yang berkenaan kerana dasar pemisahan yang memainkan peranan penting dalam pementasan karya adaptasi.

Tahniah untuk semua Pengarah, pelakon dan juga tenaga produksi yang bertungkus lumus dalam menjayakan KARYAWA MUDA 2013. walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam mementaskan naskah naskah yang dipilih,ini bukanlah satu titik untuk anda berhenti, tetapi ini adalah satu proses pembelajaran dalam menghasilkan karya karya yang lebih baik untuk pementasan akan datang. aku puji semangat dan usaha anda dalam menjayakan KARYAWAN MUDA 2013 dengan penuh komitmen. Pementasan KARYAWAN MUDA adalah platform untuk anda terus menghasilkan idea idea yang baru lagi bombastik. Anda adalah medium perantaraan naskah dan khalayak. Teruskan berteater!.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya