1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, March 9, 2013

MOGA KASIH INI SENTIASA KEKAL

Aktiviti lepas balik sekolah.

Habis sesion kat sekolah walid hantar zara kat opis mummy ler. eira pun ada sekali. maklumlah ler mummy dan papa eira kan ada kursus, so ini lah tempat korang membesar tau..hahaha. riuh rendah opis dengan gelagat dan ragam korang yang tak boleh nak duduk diam. nasib baik ler weekend, lau tak, bising atuk korang (Ahmad yatim)..hihihi.

Sepanjang mummy takda kt opis, mama citer kat mummy, yang zara merajuk dengan eira, sebabnya, eira suruh zara warna kat buku dia, tapi zara tak buat, yang zara buat ialah CONTENG..mau eira tak marah kan, lepas tu, duduk kat balik pintu, then merajuk.hahahah.  tapi lepas tu, main  sama-sama, sekejap aje merajuk tu. sweet sungguh la anak mummy sorang ni.

zara dan eira..bersahabatlah kamu dengan baik..jagalah ikatan ini dengan penuh kesabaran ya sayang. suka, duka, gaduh itu semua asam garam kehidupan. dari situlah kamu akan lebih mengenali dan memahami antara satu sama lain. jadilah anak yang baik, yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua. mummy sentiasa doakan kamu. Love both of u.









snap by mummy

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya