1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, March 8, 2013

PRA TONTON 1 PeTA DIPLOMA 2013

NYANYIAN MAUT karya Tawfik Al-Hakim
arahan Shariful Akma





ASIAH SAMIAH karya Johan Jaafar
arahan Shamizan Idris





 THE MIRACLE SEEDS 
Arahan Shahrul Mizad


Gambar gambar di atas adalah sebahagian daripada Pra tonton 1 PeTA 2013. AlhamDULilah, semuanya berjalan dengan sempurna walaupun masih terdapat beberapa kelemahan dalam setiap produksi. bagi aku, peringkat pertama penilaian  mereka, kita sebagai pensyarah tidaklah meletakkan high excpectation pada pra tonton pertama, tetapi sebagai pelajar, mereka haruslah mengaplikasikan teori ataupun teknik dalam lakonan/pengarahan dan juga sinografi. 

Komentar ini dari sudut pandangan aku sebagai seorang cikgu yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka, samada dari segi akademik dan juga kurikulum. komentar aku ini secara umum untuk ketiga-tiga produksi yang dinilai. Perkara yang paling asas yang perlu pelajar pelajar ini titik beratkan ialah permaknaan teks dan pemahaman pada dialog-dialog yang terdapat dalam naskah. kenapa mereka kurang dalam permaknaan teks?? Tiada kajian, itu adalah satu hal yang akan membuatkan mereka lemah dalam penyampaian sebab mereka sendiri tak faham apa yang mereka lafazkan. kalau perkara asas tu sudah mula goyah, maka kefahaman anda berkenaan dengan naskah akan terpesong. oleh sebab itu lah, anda semua perlu memahami plot cerita, latar cerita, tema, watak perwatakkan dan juga bahasa ataupun dialog supaya penyampaian anda lebih jelas dan terperinci. 

Untuk lapisan pertama, mereka dapat melaksanakan persembahan dengan baik, adalah kerana, apabila mereka dapat membentuk satu produksi, itu sudah memperlihatkan kesungguhan dan kerjasama mereka dalam projek akhir ini. mereka perlu berkerja keras mencari subteks yang tersirat dan juga tersurat agar permainan watak akan menjadi lebih menarik. Membina permainan watak anda perlu memahami dialag dialog yang tertera dalam naskah kerana, dialog ini yang mengambarkan siapakah watak? apakah hubungan watak A dan watak B? Apakah kaitan watak dengan situasi yang sedang berlaku? Itu adalah antara persoalan-persoalan yang akan membantu anda dalam kajian watak.

aku harap untuk pembentangan yang kedua, mereka lebih bersedia dan rapi dalam persembahan dan juga sesi soal jawab. Selamat Maju Jaya.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya