1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, March 9, 2013

RINDU SECAWAN KOPI

teman...
rindu untuk secawan kopi
bila mana kita sering berkongsi
rasa manis dan pahit kopi
sama JUGA kita berkongsi pahit manis kehidupan..
teman...
mana kau menghilang
langsung tiada khabar berita
sakit kah kau?
hingga tiada daya
untuk berikan aku perkhabaran kau.
teman..
aku rindu untuk secawan kopi..
aku rindu UNTUK menghirup kopi dengan kau
sambil bercerita tentang kehidupan
tentang rasa
tentang kerjaya
tentang dunia
tentang apa yang tengah hangat melanda jiran kita.
dimanakah kau wahai teman????
teman..
walaupun saat ini
tiada manis lagi kopi untuk aku hirup
tapi pahitnya kopi itulah
buatkan aku menikmati betapa
enaknya rasa lemak kopi tanpa gula.
teman..
andainya salah bicara dan tingkahku
tegurlah aku
bukannya menghilang
atau
kau melarikan diri dari kenyataan 
dan takdir yang telah disusun dengan indah?
maafkan aku, jika tekaanku
mengganggu jiwa kau..
tapi aku betul betul rindukan secawan kopi.
TEman..
andai kau pulang
satu hari nanti
jemputlah aku untuk minum
SECAWAN KOPI.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya