1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, April 19, 2013

BURUK SANG ISTERI

ihsan dari pak google

Bila bercerita pasal sang isteri
banyak yang buruk dari yang baik
banyak yang tak elok dari elok
banyak yang pahit dari yang manis
banyak yang benci dari yang suka
banyak sangat..kerana apa??

kerana
bila sang isteri bertanya
dikata isteri menyibuk
bila sang isteri menggesa
dikata sang isteri tidak sabar
bila sang isteri nasihat
dikata sang si isteri membebel
bila sang isteri merajuk
di kata sang isteri ni buat perangai.

sudahnya?
sang isteri memendam rasa
sang isteri di kata derhaka
sang isteri menangis dalam hati

tiada langsung 
kata kata pujukan 
untuk sang isteri
akhirnya..sang isteri mengalah?

buruk sang isteri ni selalu di mata para suami, bila hati mereka mula terdetik dan terniat untuk mengalih pandangan pada yang lain, apabila poket mereka sudah mula penuh melimpah. maka tinggal lah buruk sang isteri.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya