1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Sunday, April 21, 2013

CATITAN KERONGSANG PUZIAH PART II

Salam semua rakan rakan bloggers. aku sambung berkongsi cerita membikin kerongsang puziah. Membimbing mereka bukannya satu beban pada aku, malah memberi aku satu pengalaman yang sangat berharga. kisahnya bermula.....waktu latihan, ada seorang pelajar yang aku pertanggugjawabkan untuk memegang watak utama sebagai puziah pernah menangis teresak esak kerana aku agak keras dalam teguran supaya dia mencari punch line ataupun penegasan pada dialog yang dilafazkan. kenapa punch line itu penting, sebabnya adalah bila kita berdialog bukan sekadar membaca tapi perlu menjelaskan pada penonton apa maksud yang terkandung dalam setiap ayat. sebelum nak bagi semua faham, pelakon itu sendiri perlu faham maksud ayat itu. aku bagi guide line kefahaman naskah untuk mereka:

1) baca sehingga memahami setiap inci naskah ( boleh kira sampai lebam la, takda istilah bosan dalam membaca ni. sebab setiap kali kita membaca naskah, setiap kali itulah kita akan dapat pelbagai makna dan interpretasi. mengikut logik naskah la yer.

2) MEMAHAMI NASKAH penting, ini adalah langkah untuk kita menghafal. kalau kita susah untuk menghafal maknanya kita tak faham apa yang kita baca.

3)MENGHAFAL ni pun ada teknik juga, jangan hafal dialog sediri je. perlu juga menghafal dialog rakan lakon kerana ini akan memberi kesatuan pada pengucapan ataupun perbualan kita. kalaupun kita tidak ada kemampuan keseluruhan dilaog, perlu la memahami dengan jelas apa kehendak perbualan antara kita dan rakan lakon.

4)LATIHAN dan LATIHAN yang berterusan perlu bagi mereka yang ingin jadi pelakon yang berilmu. bukan setakat dalam kelas saje. di luar kelas pun kita mesti praktikan. 

5) KAJIAN naskah sangat sangat la wajib. kerana dari kajian dan analisis akan membantu kita dalam memahami dan meghafal. 

antara panduan untuk pelajar pelajar aku dalam memulakan kerja analisis dan kajian. asas itu penting suapaya mereka tidak tersasar dari kehendak naskah. alhamdulilah, ada antara mereka yang mengikuti panduan yang diberikan kerana melihat dari kesungguhan dan komitmen yang diberikan. 

sebenarnya aku tidak meletakkan satu tahap yang sangat tinggi pada mereka tetapi apa yang diterapkan dalm proses produksi ini adalah displin dari segi pengurusan masa, menguruskan urusan produksi dengan lancar, bekerjasama dengan setiap bahagian, belajar membentuk satu produksi yang berskala besar, membuat kajian naskah, memahami proses pembelajaran dan juga dapat melahirkan idea yang kreatif.

kesemua pelajar mampu memberi komitmen yang baik dalam perjadualan produksi tetapi ada juga yang menyeleweng tetapi bila di basuh dan dicuci dengan clorox barulah sedar. masalah utama yang aku nampak sangat ketara dalam produksi ni ialah MEMAHAMI INTIPATI DIALOG KERONGSANG PUZIAH...ok uols..kita sambung next entry yer.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya