1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, April 19, 2013

CATITAN KERONSANG PUZIAH part 1

Salam untuk kawan kawan bloggers yang sentiasa menjadikan aku ni rajin untuk menulis. walaupun tulisan aku ni tidak seberapa baik. tapi niat  untuk menulis tentang apa yang aku rasa, alami, lihat dan semua yang berkaitan dengannya. kali ini catitan aku untuk kerongsang puziah. dah lama aku memeram catitan ni dalam hati aku, akhirnya malam ni aku berkesempatan untuk berkongsi pengalaman ini pada korang semua. 

ada tika blog aku sepi dari sebarang cerita, kerana aku sibuk dan sangat lah sibuk membikin kerongsang puziah ni. untuk semester 2 tahun 2013, aku masih lagi diberi kepercayaan oleh dekan untuk memimpin produksi teater moden. tahun ni tahun ke 3 aku membimbing pelajar tahun 1 diploma teater bagi melaksana kursus wajib dalam fakulti. pemilihan naskah ini telah di pililh dari awal semester supaya gerak kerja produksi dapat berjalan dengan sempurna. itulah harapan aku hendaknya.

bermula dengan pra produksi iaitu membentuk satu team yang akan menggalas setiap tanggungjawab yang diberikan. cabaran bagi mereka kerana pada awal tahun 1 mereka telah didedahkan dengan satu produksi yang berskala besar, maksud aku, produksi ini akan di war warkan pada khalayak umum.  lagi mencabar untuk mereka bila dekan memberi sepenuh kepercayaan pada mereka untuk membawa produksi ini ke terengganu. bertuahnya anda, seawal pembelajaran, anda semua di dedahkan dengan pengalaman untuk beraksi di luar kuala lumpur. harapan aku pada mereka sangatlah besar, dan dari sinilah aku mengalas amanah itu.

aku akan mempunyai pengalaman yang berbeza pada setiap bacth. pengalaman kali ini agak adventure. fuhhhhh..macam macam ragam yang mereka bagi kat aku. seronok sebab aku dapat belajar sesuatu dari mereka mereka yang bergelar pelajar. antara yang menarik adalah mengenai sorang pelajar, biarlah aku hide kan nama dia, agar tidak menimbulkan keaiban. pada awalnya kuliah, dan juga pra produksi, pelbagai jaminan dia janjikan untuk aku dan kawan kawan sekuliahnya. dari segi penajaan dan juga promosi kerongsang puziah. setiap kali meeting production, dia akan membentangkan perkara perkara yang hebat dari kawan kawannya. sebagai seorang guru aku hanya tersenyum dan berharap moga perancangan itu akan membuahkan hasil. tetapi harapan hanya tinggal harapan, semakin hari dia menunjukkan displin yang tidak berapa elok, menghilangkan diri dari kawan kawan, ponteng kelas. bila di tanya, alasan yang tidak masuk akal diberinya pada aku.aku sekadar memerhati dari jauh, semakin melampau bila kita mendiamkan diri. setelah di kira kehadirannya, aku terpaksa keluarkan nama dia dari senarai pelakon. bagi aku tidak adil untuk mereka yang setiap hari memberi komitmen. aku sampaikan mesej yang ringkas padanya, agar dia hanya perlu fokus pada kerja kerja dibelakang tabir saja.

mereka mereka ini terus berlatih walaupun kadang kadang aku terpaksa skip latihan kerana tugas hakiki dan pelbagai acara yang datang. 

kerja yang paling berat untuk pelajar kali ini adalah dari segi pemahaman naskah kerongsang puziah. hampir setiap hari aku mengedit naskah supaya mereka dapat memahami kehendak naskah dan memudahkan dialog agar mereka faham apa subtack yang hendak disampaikan . inilah yang merungsingkan aku. mereka hanya dapat mengungkapkan dialog tetapi mereka sebenarnya tak faham langsung apa yang di ucapkan. aku tahu, mereka sentiasa bertanya dan mencari makna yang tersirat dalam naskah, tapi oleh kerana, bahasa dan plot cerita yang melangkaui pemikiran mereka itu sendiri, tapi itu bukan satu alasan ataupun masalah yang besar kalau mereka RAJIN menelaah setiap inci pages tu. tugas aku ialah mengolah lagi dan lagi dan juga memotong mana yang tidak perlu sebab dialognya banyak pegulangan, aku perlu compreskan menjadi satu supaya maknanya tidak terjejas. aku nak mereka faham, apakah isu yang hendak diperjelaskan dan apakah maksud disebalik nama nama watak yang diberi oleh penulis. kesian jugak aku tengok mereka, tapi inilah sebenarnya proses pembelajaran. mereka perlu analisis watak dengan terperinci, relative antara watak lain supaya kesatuan itu berlaku dengan baik.

ada juga yang melucukan aku, apabila sorang dari mereka ni bersungguh sungguh mintak izin aku untuk cakap slanga terengganu. aku cakap ok, tapi kalau slanga awak tidak memberi keyakinan pada saya, saya nak awak kembali pada slanga asal. rajin sungguh dia ni sorang. setiap kali latihan, aku selalu nampak dia berlatih walaupun aku tak buat babak dia pun. tapi yang memusykilkan aku tentang dia ni sorang ialah, bila time aku nak tengok babak dia, punya la dia gelabah dan hampir lupa dialog yang dia dah hafal. kata dia "mental block" adussss.tersedak aku dibuatnya. macam macam hal yang jadi. adakala mereka ni buat aku gelak besar, adakala mereka ni bikin darah aku naik je. sebab bagi alasan yang tak munasabah dan yang selalunya ialah MALAS menghafal dan MALAS buat homework watak dan skrip. semua guideline dah diberi tapi bila satu sikap itu yang melingkari mereka, maka terjadilah bebelan yang menyentap jantung hati mereka. maaf ye pelajar pelajar, teruk daripada ini lagi aku pernah rasa. bukan maksud aku, perlu sakit untuk belajar tapi kamu perlu menjadi matang dalam menyiapkan satu produksi.

berhenti untuk seketika..aku akan sambung lagi...tunggu..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya