1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, April 17, 2013

DALAM GAMBAR MESTI ADA BERITA

snap by aku ler..

salam kengkawan blogger yang aku sayang. malam ni aku bebel pasal tajuk yang aku tulis kat atas tu. gambar ni untuk sample je..kang aku hapdate gambar banyak2,menyampah plak  korang. apa kata malam ni korang layan bebelan aku ni untuk seketika sebelum melelapkan mata dan melepaskan penat seharian mencari sesuap nasi.

petang tadi, selesai siapkan permarkahan penilaian tugasan pelajar, aku curi lah sedikit masa lewat petang tadi sembang santai dengan pelajar aku. macam macm lah cerita yang ditimbulkan, tetiba dekan masuk bilik aku dengan note book portable barunya. rupanya dia tengah ambil video.hahaha..testing..testing..baru dapat, so kena explore macam. aku layan kan aje. cantik dan amazing sungguh note book dekan tu. jatuh cinta pulak rasanya. hihi..haippppp..bukan itu yang aku nak citerkan tau, tapi seleweng la kejap. sebab topik ni pun ada kena mengena ngan dia jugak.

sembang punya sembang pasal gadget baru dia, terkeluar lah citer pasal topik kat atas tu. semuanya pasal si syahmir (my student) ni yang tetiba puji phone galaxy note II milik dekan tu sangatlah cantik. puji budak ni lagi, camera phone milik dia pun menarik. leps tu dekan pun mula lah cakap. cantik memang cantik, tapi gambar yang kau ambik tu tak cantik. hahahahhahaha.aku bantai gelak sebab aku lah yang ambik gambar dekan dan geng puspanita tu. aduiiii..kantoi seyja. baru lah dia bukak satu pelajaran baru di petang selasa.

kata dekan, dalam setiap gambar yang kita capture perlu ada berita dan cerita. selain daripada tu juga, framing gambar tu mesti menarik, kerana dalam gambar juga perlu ada 5 W 1 H. wahhh..excited jap aku, yang aku tahu, setiap gambar yang aku snap sebelum ni perlu menarik dari segi latar seyja. satu ilmu yang baru aku belajar hari ini. dalam seni fotografi perlu ada nilai artistiknya, kesimbangan dalam capture setiap moment dan banyak lagi lah. menarik..menarik. patutlah bila aku tengok fotografer yang snap tu, bukan main banyak lagi, padahal satu action je tapi berklik klik dia tekan. barulah aku faham kenapa dan mengapa. lantak lah korang nak cakap aku ni tak reti ke apa ker, janji aku ni ada jugak hati nak mendalami seni fotografer ni.hahahahah. tak abis lagi ni tau. dekan pun suruhlah aku bukak folder gambar gambar yang aku snap. hah..masa tu dia bagi penjelasan yang terperinci pada setiap gambar gambar aku. ada jugak lah yang dia puji, tapi aku perlu banyak belajar lagi tentang framing dan berita untuk disnapkan. tq dekan. ilmu yang baru aku belajar hari ni.

so lepas ni, semua gambar gambar yang akan aku snap snap akan ada cerita, berita, emosi dan segala macam lah. tunggu ye wahai bloggers kesayangan. support aku tau. mana lah tahu, dengan gambar gambar yang aku snap boleh jadikan sumber pendapatan. ceewahhh..angan-angan tu meninggi sokmo. tapi bagus juga ada angan-angan, sebab dari angan angan lah maka terpatrinya satu usaha untuk berjaya dan juga motivasi dalam menghasilkan karya-karya dan kisah kisah melalui satu gambar sahaja. doakan aku untuk hobi baru aku ni ya..ok la uols..jangan jemu untuk membaca blog aku yang masih hijau ni.

suara hati: jangan jemu untuk mengutip ilmu saban waktu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya